Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baru ditandatangani, dijangka memberi Malaysia kelebihan daya saing di rantau ini serta meningkatkan keyakinan pelabur.
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berkata perjanjian itu menjanjikan tahap ketelusan dan peraturan pelaburan yang boleh dijangkakan, konsesi tarif dan saluran untuk menangani halangan bukan tarif bagi pengeluar tempatan.
"CPTPP dijangka mempelbagaikan eksport produk buatan Malaysia. Sebagai contoh, lebih 80 peratus daripada eksport peralatan automotif, terutama komponen getah, dijangka menikmati akses duti percuma serta-merta.
"Ini akan membantu pengilang komponen dan alat ganti Malaysia untuk mengeksport kepada pengeluar peralatan asli (OEM) negara anggota CPTPP seperti Mexico, dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global," kata FMM kepada Bernama hari ini.
Persekutuan itu berkata konsesi tarif yang dipersetujui oleh setiap negara CPTPP akan meningkatkan eksport bagi industri elektrik dan elektronik.
Ia berkata pertumbuhan eksport juga dijangkakan di negara lain seperti Kanada dan negara Amerika Latin, terutama Mexico.
"Negara terbabit kini mengenakan tarif yang tinggi ke atas peralatan elektrik, peranti telekomunikasi dan elektronik pengguna.
Malaysia ialah peneraju pasaran bagi sarung tangan getah di Kanada, dan kedua di Peru dan Mexico selepas China. Barangan lateks, terutama sarung tangan getah, kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport produk getah Malaysia.
"Memandangkan peningkatan dalam permintaan sarung tangan nitril di Kanada, penyertaan Malaysia dalam CPTPP akan memberi kelebihan daya saing kepada pengeluar sarung tangan negara ke atas negara bukan CPTPP seperti China," katanya.
FMM berkata pengilang juga dijangka mendapat manfaat daripada kepelbagaian sumber input import dan komponen industri.
"CPTPP membolehkan penambahan sumber import bahan mentah yang lebih baik dari Jepun dan Mexico. Ia juga menyediakan sumber alternatif untuk jentera berat dan peralatan," katanya.
Dari segi meningkatkan daya saing dan perdagangan, FMM berkata perjanjian itu juga dijangka membuka 10 peratus lagi perdagangan bebas duti dengan pasaran perjanjian perdagangan bukan bebas (FTA) baharu iaitu Kanada, Mexico dan Peru.
"Persaingan bukanlah sesuatu yang baru kepada perniagaan di Malaysia dan negara telah menyelesaikan tujuh FTA dua hala (Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile, Australia dan Turki) dan lima FTA serantau melalui ASEAN (ASEAN dengan China, Korea, Jepun, India dan Australia-New Zealand).
Memandangkan majoriti perdagangan negara sudah dilindungi oleh FTA ini, kami yakin pengeluar berada dalam kedudukan yang baik untuk bertahan dengan pembukaan pasaran domestik," katanya.
CPTPP, yang ditandatangani pada 8 Mac 2018, merupakan versi baharu pakatan perdagangan pelbagai hala Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Ia terdiri daripada 11 negara anggota, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Lebih 80 peratus daripada eksport peralatan automotif, terutama komponen getah, dijangka menikmati akses duti percuma serta-merta. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.
Malaysia-Bahrain kongsi pengalaman pengurusan pengairan dan teknologi pertanian
Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan Bahrain mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan negara itu berkaitan teknologi penggunaan air kitar semula.
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh, perdagangan meningkat 41 peratus
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP
Pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang dirangka dan dilaksanakan termasuk program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis
Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP.
Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul
Kelulusan keahlian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu mesti berdasarkan konsensus.