BISNES
Creative Creed rancang kerjasama strategik dengan syarikat Indonesia, teroka pasaran antarabangsa
Syaiful (tujuh dari kanan) dan Bapak Sutikno bergambar bersama delegasi Creative Creed serta sebahagian anggota pekerja GM Production di pejabat syarikat berkenaan di Yogyakarta, Indonesia - Foto Creative Creed
KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan acara, Creative Creed Associates (Creative Creed) merancang untuk menjalin kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka di Indonesia iaitu GM Production.
Kerjasama bersama syarikat Indonesia itu merupakan sebahagian daripada langkah pengembangan Creative Creed ke peringkat antarabangsa terutama rantau ini menjelang 2026.
Pengarah Urusannya, Syaiful Bakhtiar Salim berkata, pihaknya berbangga atas kesediaan GM Production untuk meneroka kerjasama untuk kedua- dua pihak mengembangkan lagi perniagaan serta memperluaskan pasaran masing-masing.
Katanya, selain daripada perkembangan perjanjian, kerjasama strategik itu akan turut memberi manfaat kepada kualiti perkhidmatan kami apabila kedua-dua syarikat akan berkongsi pengalaman serta kepakaran masing-masing di antara satu sama lain.
"Dalam industri acara yang semakin mencabar dan kompetitif, keupayaan untuk berkongsi kepakaran, idea kreatif serta pendekatan pengurusan yang berkesan adalah amat penting.
"Kerjasama ini diharap dapat menggabungkan kekuatan Creative Creed dan GM Production bagi menghasilkan pengalaman acara yang lebih inovatif, berkualiti dan bernilai tinggi kepada klien kami," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu kehadiran Syaiful Bakhtiar dan delegasi Creative Creed seramai 13 orang disambut meriah oleh pengurusan tertinggi dan anggota pekerja GM Production sempena lawatan mereka ke ibu pejabat syarikat berkenaan baru-baru ini.
Turut bersama sebagai delegasi ialah Pengarah Creative Creed, Muhammad Hudhayfah Zulkifli dan Ketua Pegawai Eksekutif Nebula Ventures, Mohd Ainuddin Aliff Salehuden yang merupakan syarikat dalam kumpulan Creative Creed.
Manakala pengurusan GM Production pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bapak Sutikno serta Pengarah Jualan dan Pemasaran, Ibu Yuliana Kartikasari.
Mengulas lanjut, Syaiful Bakhtiar berkata, peluang untuk menguruskan acara di lokasi antarabangsa termasuk di Osaka, Jepun tahun ini telah membuka mata pihaknya untuk meneroka peluang di peringkat global.
Katanya, pada 2026, syarikat itu menyasarkan untuk meneroka pasaran antarabangsa dalam perniagaan pengurusan acara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GM Production Bapak Sutikno menyifatkan pertemuan dua hala baru-baru ini sebagai langkah positif ke arah pembentukan Kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat bersama.
"GM Production melihat potensi besar untuk kedua-dua syarikat ini bekerjasama khususnya dalam memperluaskan jaringan serantau dan berkongsi kepakaran dalam penganjuran acara profesional yang menepati piawaian antarabangsa," katanya yang telah mengasas syarikat berkenaan sejak 25 tahun lalu.