KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan usaha ahli Parlimen pembangkang untuk meminta undi belah bahagi Belanjawan 2021 akhirnya ditewaskan oleh blok itu sendiri.
Ia berikutan katanya, mereka yang berdiri bagi memohon undi berkenaan tidak cukup 15 orang seperti yang ditetapkan.
Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli Parlimen yang terlibat dalam undian belanjawan itu.
"Alhamdulillah ... bajet membela rakyat lulus dgn lebihan suara pada bacaan kedua sebentar tadi. Percubaan pembangkang meminta undi belah bagi ditewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yang berdiri memohon undi sedemikian tidak mencukupi 15 orang seperti disyaratkan ... Tahniah semua MP," katanya dalam status di laman Twitter peribadinya, pada Khamis.
BACA: Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
BACA: Agong zahir penghargaan semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021
Ujarnya, muafakat mantap 112 ahli Parlimen gabungan kerajaan dan beberapa ahli Parlimen lain menyaksikan belanjawan rakyat diluluskan dengan lebihan suara menyokong dan diluluskan.
"Satu kemenangan buat rakyat .. vote of confidence!," ujarnya.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020

Annuar menyifatkan usaha ahli Parlimen pembangkang untuk meminta undi belah bahagi Belanjawan 2021 akhirnya ditewaskan oleh blok itu sendiri. - Gambar fail

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.

PKP 2.0: Taman awam di Wilayah Persekutuan dibenar beroperasi - Annuar Musa
Annuar berkata, bagaimanapun aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dibenarkan dan tidak melibatkan aktiviti secara berkumpulan.

UMNO lemas di kolam cetek kerana hilang upaya, bukan tidak pandai berenang- Annuar
Annuar Musa senada dengan Pengerusi MPN, Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin yang menyifatkan UMNO sebagai sebuah sebuah parti yang lemas di kolam yang cetek.

Proklamasi Darurat: Penjaja, peniaga kecil dibenarkan beroperasi - Annuar
Annuar berkata, permohonan lesen untuk aktiviti itu juga akan diberi secara percuma.

‘Baru saya sedar, rupanya saya tak ada PhD’ - Annuar Musa
"Baru saya sedar rupanya saya tak ada PhD". Demikian seloroh Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Twitternya petang Ahad.

Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi
Jelasnya, pemikiran yang saksama ini penting bagi mengelakkan berlakunya percanggahan atau kekeliruan ketika sebarang kenyataan dikeluarkan.

Bukan persoal keputusan MKT, tetapi pertahan keputusan dasar parti - Tun Faisal
Tun Faisal Ismail berkata, perjuangan Annuar juga adalah untuk memperkukuhkan MN selain menyokong PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PRU15 bukan kehendak akar umbi - Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini.

'Annuar, jangan kaitkan DAP dalam kemelut politik UMNO' - Guan Eng
Tegas Guan Eng, tiada sebarang perbincangan dibuat DAP dengan UMNO berhubung kerjasama.