Cubaan undi belah bahagi ditewaskan pembangkang sendiri - Annuar Musa

Astro Awani
November 26, 2020 10:10 MYT
Annuar menyifatkan usaha ahli Parlimen pembangkang untuk meminta undi belah bahagi Belanjawan 2021 akhirnya ditewaskan oleh blok itu sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan usaha ahli Parlimen pembangkang untuk meminta undi belah bahagi Belanjawan 2021 akhirnya ditewaskan oleh blok itu sendiri.
Ia berikutan katanya, mereka yang berdiri bagi memohon undi berkenaan tidak cukup 15 orang seperti yang ditetapkan.
Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli Parlimen yang terlibat dalam undian belanjawan itu.
"Alhamdulillah ... bajet membela rakyat lulus dgn lebihan suara pada bacaan kedua sebentar tadi. Percubaan pembangkang meminta undi belah bagi ditewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yang berdiri memohon undi sedemikian tidak mencukupi 15 orang seperti disyaratkan ... Tahniah semua MP," katanya dalam status di laman Twitter peribadinya, pada Khamis.
BACA: Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
BACA: Agong zahir penghargaan semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021
Ujarnya, muafakat mantap 112 ahli Parlimen gabungan kerajaan dan beberapa ahli Parlimen lain menyaksikan belanjawan rakyat diluluskan dengan lebihan suara menyokong dan diluluskan.
"Satu kemenangan buat rakyat .. vote of confidence!," ujarnya.

Alhamdulillah BAJET MEMBELA RAKYAT lulus dgn lebihan suara pd bacaan kedua sebentar tadi.Percubaan pembangkang meminta undi belahbagi di tewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yg berdiri memohon undi sedemikian tidak mencukupi 15 org spt di syaratkan..Tahniah semua MP pic.twitter.com/tYi4hWGtfb

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Annuar Musa #Setiausaha Agung BN #undi belah bahagi #Dewan Rakyat #Parlimen #Belanjawan2021