Dagangan dalam Gamuda, Kumpulan Perangsang Selangor digantung

Bernama
Ogos 3, 2018 03:19 MYT
Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan permohonan Gamuda Bhd dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan permohonan Gamuda Bhd dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd untuk menggantung dagangan di kedua-dua saham kaunter bagi Jumaat, 3 Ogos, 2018 dari 9 pagi hingga 5 petang.
Kedua-dua syarikat memohon penggantungan sementara menunggu pengumuman penting, menurut mereka dalam makluman kepada bursa tempatan hari ini.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Gamuda #Kumpulan Perangsang Selangor #Malaysia