[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
BUSINESS

Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman

Bernama 11/12/2024 | 02:45 MYT
Saham Axiata naik satu sen untuk ditutup kepada RM2.37 semalam, dengan 5.68 juta saham diniagakan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dagangan saham Axiata Group Bhd akan digantung dari 9 pagi hingga 5 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman.
Dalam makluman kepada bursa hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan yang dibuat di bawah subperenggan 3.1(b)(i) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Saham Axiata naik satu sen untuk ditutup kepada RM2.37 semalam, dengan 5.68 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #AXIATA #penggantungan