BUSINESS
Dana Lindung Nilai Patuh Syariah pertama di Malaysia bakal dicadangkan - Vincent Tan

Vincent Tan menegaskan dengan adanya peluang pelaburan IMTN, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai perangkap kecairan. - Gambar fail/Astro AWANI
Dana Lindung Nilai Patuh Syariah (Syariah Hedge Fund) yang pertama di Malaysia, meliputi lebih 70,000 saham di dunia dengan 400 komoditi patuh syariah bakal dicadangkan untuk pelancaran, tidak lama lagi.
Ia adalah kerjasama patuh syariah konglomerat pertama antara Pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dengan pengurus wang bertauliah di Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan.
Vincent Tan berkata, peluang itu ditawarkan melalui pelaburan dalam sukuk menerusi Islamic Medium Term Notes (IMTN) atau sukuk jangka pendek yang diterbitkan.
Menurut ahli perniagaan terkenal negara itu, instrumen pelaburan tersebut turut memastikan para pelabur tidak tersangkut dalam perangkap kecairan yang wujud dalam sektor hartanah.


Beliau berkata demikian ketika panggilan video menerusi aplikasi zoom pada Seminar Saham Mega Bursa yang disertai kira-kira 10,000 peserta di sini, baru-baru ini.
Vincent Tan menegaskan dengan adanya peluang pelaburan IMTN, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai perangkap kecairan.
"Ini kerana instrumen IMTN memberi anda kaedah paling selamat untuk melabur dalam sukuk yang terbit daripada sektor hartanah, tanpa terkesan oleh risiko pasaran," jelasnya.
Tokoh perniagaan negara itu berharap usaha itu dapat merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hub kewangan Islam atau Wall Street kewangan kepada dunia.
Pun begitu, status Syariah Hedge Fund masih lagi menungu kelulusan pihak atasan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami