KUALA LUMPUR: Delegasi lawatan kerja yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Itali baru-baru ini menarik pelaburan langsung asing (FDI) berpotensi bernilai RM3.25 bilion.
Dalam kenyataan pada Selasa, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjelaskan lawatan kerja itu bertujuan memperkukuh hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.
"Hasilnya, beberapa syarikat Itali telah menyatakan minat untuk melabur di Malaysia memandangkan kedudukan strategik negara sebagai pintu masuk ke ASEAN dan rantau Asia Pasifik.
"Keseluruhan lawatan itu juga berjaya menarik FDI berpotensi bernilai RM3.25 bilion, yang dijangka direalisasikan mulai 2023 dan seterusnya," menurut MIDA.
Justeru, MIDA bersedia menggandakan usaha membuka laluan kepada pelabur asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan mereka, jelasnya.
Lembaga itu menambah, ini termasuk pelabur dari Itali yang baru-baru ini dimaklumkan mengenai peluang perniagaan masa depan Malaysia-Itali di samping kerjasama strategik khususnya dalam bidang industri kimia, teknologi hijau, e-Ekonomi, teknologi pintar dan rantaian nilai Revolusi Perindustrian 4.0.
Menurut kenyataan itu, Tengku Zafrul berkata sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menjadi properniagaan, propelaburan dan properdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi di bawahnya bersedia meningkatkan hubungan dengan pelabur yang membawa masuk pelaburan berteknologi tinggi dan berkualiti sekali gus akan membantu mewujudkan pekerjaan dengan gaji lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Apa yang penting sekarang adalah menangani semua masalah berulang yang dihadapi pelabur, dalam usaha meningkatkan keseluruhan aspek mudah menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata dari sudut pandang FDI, Malaysia telah dikenali atas lokasinya yang strategik di Asia Tenggara, ekosistem industri yang pelbagai dan kumpulan bakat yang berkelayakan.
Semasa lawatan itu, menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka dan bakal pelabur melalui mesyuarat bersemuka satu dengan satu.
Itali ialah pelabur asing kesembilan terbesar di Malaysia daripada Kesatuan Eropah.
Menurut MIDA sehingga September 2022, sebanyak 77 projek pembuatan dengan penyertaan Itali telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan AS$382 juta (RM1.4 bilion), mewujudkan 4,346 peluang pekerjaan.
Ia menambah, sebagai antara negara yang telah mewujudkan banyak syarikat berteknologi tinggi bertaraf dunia di seluruh dunia, Itali mampu menawarkan banyak teknologi terkini dan kepakaran pendigitalan.
"Justeru, kehadiran syarikat Itali di Malaysia dilihat penting untuk memudahkan pemindahan teknologi bagi mewujudkan lebih ramai pekerja Malaysia berpengetahuan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Semasa lawatan itu, Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka dan bakal pelabur melalui mesyuarat bersemuka satu dengan satu. - Fail/BERNAMA

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Niaga AWANI: Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Selain misi bantuan oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Malaysia merancang mewujudkan hospital lapangan atau field hospital di Turkiye, susulan gempa bumi yang melanda negara itu dua hari lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet pada Rabu memaklumkan, bantuan ke Syria juga akan diselaraskan melalui Pertubuhan Palang Merah.

Malaysia berpotensi jadi hab automotif di pasaran ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

MITI mulakan penyiasatan duti antilambakan ke atas produk gulungan sejuk aloi dari Jepun
Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan duti antilambakan ke atas import produk gulungan sejuk keluli dari Jepun.

Delegasi diketuai Tengku Zafrul ke Itali tarik FDI berpotensi RM3.25 bilion - MIDA
Delegasi lawatan kerja yang diketuai Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Itali baru-baru ini menarik pelaburan langsung asing (FDI) berpotensi bernilai RM3.25 bilion.

WEF2023: Singapura, Malaysia bakal meterai MoC dalam ekonomi digital, hijau - Tengku Zafrul
Malaysia dan Singapura akan menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dalam ekonomi digital dan hijau, yang pertama untuk Putrajaya.

MITI sasar tarik pelaburan, teroka perniagaan di peringkat antarabangsa bersama sektor korporat - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata tugas mempromosi Malaysia bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia turut digalas oleh sektor korporat.

MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.

'Kerjasama penting untuk jayakan pertumbuhan ekonomi global' - Tengku Zafrul
Penting untuk kembali mengingatkan dunia untuk bekerjasama dalam menjayakan pertumbuhan ekonomi global, kelestarian seterusnya membasmi kemiskinan.

MITI sasar kenderaan EV tarik pelaburan sebanyak RM20 bln menjelang 2025 - Tengku Zafrul
Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) menyasarkan pelaburan kenderaan elektrik (EV) dapat menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang 2025.

Jumlah perdagangan 2022 Malaysia-Indonesia bakal berkembang lebih 30 peratus - Tengku Zafrul
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2022 bakal berkembang lebih 30 peratus berbanding 2021.

MITI harap hubungan perdagangan Malaysia-China terus mengukuh - Tengku Zafrul
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut (2009-2021).