awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Destini selesai serah enam helikopter MD530G kepada Tentera Darat

Bernama
Bernama
13/06/2022
15:14 MYT
Destini selesai serah enam helikopter MD530G kepada Tentera Darat
Helikopter itu akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pangkalan udara tentera di Kluang, Johor. - Gambar/ FB Tentera Darat Malaysia
KUALA LUMPUR: Destini Bhd (Destini) telah menyelesaikan penghantaran enam helikopter MD530G kepada tentera Malaysia selepas menamatkan 'Final Acceptance Test'.
Dalam satu kenyataan hari ini, Destini berkata penghantaran enam helikopter peninjau/penyerang ringan dengan senjata pelbagai guna, kumpulan itu boleh memanfaatkan kepakarannya dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi mendapatkan perkhidmatan MRO pada helikopter dan aset unit udara tentera yang lain.
"Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) telah dianugerahkan kontrak penghantaran helikopter itu, bernilai RM321 juta, oleh Kementerian Pertahanan pada 2015.
"Pada 2017, Destini Group memperoleh 70 peratus kepentingan ekuiti dalam HOSB melalui anak syarikat milik penuhnya Destini Prima Sdn Bhd," kata Destini dalam maklumannya pada Bursa Malaysia hari ini.
Pada Februari 2022, kesemua enam helikopter itu mengambil masa selama 31 hari untuk tiba di Malaysia selepas pemeriksaan prapenghantaran selesai pada Disember tahun lepas.
Helikopter MD530G dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, MD Helicopter Inc.
Helikopter itu akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pangkalan udara tentera di Kluang, Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera darat
#helikopter MD530G
#Destini Berhad
#helikopter peninjau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan