BISNES
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2026
Belanjawan 2026, di bawah Kerajaan MADANI, memperuntukkan RM470 bilion untuk perbelanjaan awam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026, selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt lepas.
Ringkasan AI
Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Bertemakan "Belanjawan Rakyat", ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Ringkasan AI
- Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2026 selepas dibentangkan oleh PM Anwar Ibrahim.
- Belanjawan 2026, di bawah Kerajaan MADANI, memperuntukkan RM470 bilion untuk perbelanjaan awam.
- Tema "Belanjawan Rakyat" menitikberatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta pelaburan syarikat berkaitan kerajaan.