awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand lancar serangan udara di sempadan Kemboja
[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Digi.com Bhd umum cadangan tukar nama kepada CelcomDigi Bhd

Bernama
Bernama
28/01/2023
00:15 MYT
Digi.com Bhd umum cadangan tukar nama kepada CelcomDigi Bhd
Cadangan nama "CelcomDigi Bhd" diluluskan SSM dan tempahan bagi kegunaan cadangan nama itu dilanjutkan sehingga ke 14 Mac, 2023.
KUALA LUMPUR: Digi.com Bhd pada Jumaat mengumumkan cadangan menukarkan namanya kepada CelcomDigi Bhd susulan kejayaan penggabungan dengan Celcom Axiata Bhd.
Syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan penukaran nama itu adalah selaras dengan obligasi syarikat di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 21 Jun, 2021, dengan Axiata Group Bhd berkaitan penggabungan dengan Celcom Axiata.
"Lembaga percaya cadangan penukaran nama itu akan memberikan syarikat identiti korporat baharu yang mencerminkan dengan lebih baik lagi syarikat sebagai entiti bergabung selepas penyelesaian penggabungan dengan Celcom pada 30 Nov, 2022.
"Cadangan nama "CelcomDigi Bhd" diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tempahan bagi kegunaan cadangan nama itu dilanjutkan sehingga ke 14 Mac, 2023," katanya.
Syarikat tersebut berkata cadangan penukaran nama itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
"Sekiranya diluluskan, nama baharu itu akan mula digunakan daripada tarikh pengeluaran notis pendaftaran nama baharu tersebut oleh SSM kepada syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Digi com Bhd
#CelcomDigi Bhd
#pembelian saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan