KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan pada suku ketiga 2022 melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion berbanding suku tahun yang sama 2021 (suku kedua 2022: RM29.9 bilion).
Dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Ketiga 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata pengembangan tersebut dipacu oleh subsektor bangunan bukan kediaman (37.7 peratus), aktiviti pertukangan khas (32.2 peratus), bangunan kediaman (17.8 peratus) dan kejuruteraan awam (14.6 peratus).
"Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus, diikuti oleh bangunan bukan kediaman (30.4 peratus), bangunan kediaman (22.3 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (9.4 peratus)," katanya.
Ia turut berkata nilai kerja yang dimiliki oleh sektor swasta berjumlah meningkat ketara 31.8 peratus (suku kedua 2022: 14.8 peratus) kepada RM18.0 bilion, dengan sumbangan sebanyak 59.0 peratus.
Sementara itu, nilai kerja yang dimiliki oleh sektor awam meningkat 12.6 peratus (suku kedua 2022: -4.0 peratus).
Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion) yang secara kolektif menyumbang 51.9 peratus atau RM15.8 bilion.
Kerja pembinaan bagi tiga suku tahun 2022 mencatatkan nilai RM89.9 bilion, merekodkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus berbanding tempoh yang sama 2021 (3suku tahunan 2021: -2.1 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022

Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion). - Gambar fail

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Harga bahan binaan terus catat penurunan, MIDF Research positif dengan sektor pembinaan
Walaupun harga bahan binaan masih kekal tinggi, tetapi ia memperlihatkan trend penurunan sejak beberapa bulan lalu.

DOSM: Nilai kerja pembinaan suku ketiga melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion
Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus.

Bajet 2023: Industri pembinaan harap kerajaan umum insentif khas penggunaan teknologi
Antara insentif yang diharapkan adalah membabitkan cukai bagi kesediaan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah
Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

CIDB, MRT Corp tandatangani MoU, tingkat kualiti industri pembinaan
CIDB dan MRT Corp menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan.

MIDF Research kekal positif terhadap prospek sektor pembinaan
Firma itu berkata, industri pembinaan ketika ini memerlukan sekitar 600,000 pekerja asing dalam usaha meningkatkan operasi mereka selaras dengan pembukaan ekonomi.

AmInvestment jangka harga bahan binaan kekal tinggi akibat konflik berterusan Rusia-Ukraine
Harga bar keluli meningkat 11 peratus kepada RM3,450 satu tan pada Mei 2022 berbanding RM3,100 satu tan pada Mei 2021.

Ramalan pilihan raya pada separuh kedua 2022 dijangka jejas kestabilan sektor pembinaan - RHB Investment
Bagaimanapun, keadaan dijangka menjadi seperti biasa selepas berakhir tempoh pilihan raya.

Pemulihan sektor pembinaan dijangka beri peluang cerah kepada Kerjaya Prospek raih kontrak baharu
Jabatan Perangkaan mengunjurkan sektor pembinaan akan mengembang 11.5% tahun ini.

Ekonomi Singapura berkembang 7.6 peratus pada 2021
Sektor pembuatan mengukuh 13.2 peratus tahun ke tahun, meningkat daripada pertumbuhan 7.5 peratus yang dicatatkan pada 2020.