awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DOSM: Nilai kerja pembinaan suku ketiga melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion

Bernama
Bernama
08/11/2022
08:08 MYT
DOSM: Nilai kerja pembinaan suku ketiga melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion
Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan pada suku ketiga 2022 melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion berbanding suku tahun yang sama 2021 (suku kedua 2022: RM29.9 bilion).
Dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Ketiga 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata pengembangan tersebut dipacu oleh subsektor bangunan bukan kediaman (37.7 peratus), aktiviti pertukangan khas (32.2 peratus), bangunan kediaman (17.8 peratus) dan kejuruteraan awam (14.6 peratus).
"Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus, diikuti oleh bangunan bukan kediaman (30.4 peratus), bangunan kediaman (22.3 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (9.4 peratus)," katanya.
Ia turut berkata nilai kerja yang dimiliki oleh sektor swasta berjumlah meningkat ketara 31.8 peratus (suku kedua 2022: 14.8 peratus) kepada RM18.0 bilion, dengan sumbangan sebanyak 59.0 peratus.
Sementara itu, nilai kerja yang dimiliki oleh sektor awam meningkat 12.6 peratus (suku kedua 2022: -4.0 peratus).
Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion) yang secara kolektif menyumbang 51.9 peratus atau RM15.8 bilion.
Kerja pembinaan bagi tiga suku tahun 2022 mencatatkan nilai RM89.9 bilion, merekodkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus berbanding tempoh yang sama 2021 (3suku tahunan 2021: -2.1 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pembinaan
#DoSM
#kejuruteraan awam
#kerja pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan