Dr Mahathir temui pelabur, pengurus dana berpangkalan di UK

Bernama
Oktober 1, 2018 00:51 MYT
Dr Mahathir melihat teksi baharu elektrik London yang dimiliki Geely sebelum menghadiri taklimat mengenai hala tuju Lotus secara tertutup di London, 30 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menemui pelabur dan pengurus dana British utama di sini pada Ahad malam untuk membincangkan mengenai prospek ekonomi dan pelaburan Malaysia.
Antara yang hadir pada pertemuan itu termasuklah wakil dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation Ltd, Shell, Jardine Matheson dan Baring Asset Management.
Dr Mahathir yang tiba di London pada Sabtu untuk peringkat kedua lawatan kerja beliau ke United Kingdom (UK), akan mengakhiri lawatannya pada Isnin selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Masa Depan Demokrasi di Asia" di Chatham House dan menghadiri taklimat mengenai reformasi polis dan sektor awam di UK.
Dalam peringkat pertama lawatan beliau ke UK pada 21-25 Sept, Dr Mahathir telah menemui Sir James Dyson, seorang billionaire British dan pencipta pembersih hampagas tanpa beg, yang dilaporkan berminat untuk membuat pelaburan baharu di Malaysia.
Dyson kini mempunyai kilang pengeluaran selain Pusat Pembangunan Dyson Malaysia di Johor.
-- BERNAMA
#British #ekonomi #Hong Kong #James Dyson #kilang #lawatan kerja #London #Mahathir Mohamad #pelabur #pelaburan #pengurus dana #United Kingdom