awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM1.19 billion

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2022
09:42 MYT
DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM1.19 billion
Saarani telah membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2023 yang bertemakan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera. - Foto SUK Perak
IPOH: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 yang memperuntukkan RM1.19 billion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Rabu.
Belanjawan itu telah dibahaskan seramai 24 ADUN daripada blok kerajaan dan pembangkang sepanjang sesi yang berlangsung selama tiga hari sejak Isnin.
Pada petang Khamis lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2023 yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ .
Ia menggariskan lima fokus utama iaitu Kesejahteraan Rakyat; Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri; Kelestarian Alam Sekitar; Keterjaminan Bekalan Makanan serta, Pembangunan Modal Insan dan Belia.
Saarani berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM395 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan manakala perbelanjaan mengurus bernilai RM794 juta.
Ketika sesi penggulungan belanjawan, Saarani mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar satu setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 turut diberikan kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat Exco pada penggal lalu.
Katanya, perkara itu diputuskan selepas melihat kemampuan semasa kerajaan negeri selain ia juga hasil perbincangan dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pejabat Kewangan Kerajaan Negeri.
Dalam perkembangan sama, Saarani turut menjelaskan pemberian RM600,000 kepada pelari pecut negara kelahiran Perak, Muhammad Azeem Fahmi adalah bagi tujuan pembiayaan pengajiannya di Universiti Auburn di Amerika Syarikat.
“Ia bukan pemberian sebagai anugerah kemenangan, ia diberi kerana beliau telah mendapat tempat pengajian di universiti di Amerika Syarikat yang mana terdapat kemudahan untuk dia berlatih sebagai pelari pecut.
“Jadi kita membantu membiayai pengajiannya di situ. Jumlah ini adalah untuk kegunaan sepanjang tempoh pembelajaran beliau yang minimumnya selama tiga tahun.
“Sebab jika Kerajaan Negeri Perak tidak membiayai, ada orang lain yang sanggup untuk membiayainya dan mereka akan ‘mengambil’ hero kita untuk menjadi hero dia,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Belanjawan Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini pada Rabu.
Topic Berkaitan
#ADUN Perak
#Saarani Mohamad
#Belanjawan Negeri 2023
#Muhammad Azeem Fahmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan