KUALA LUMPUR: Duopharma Biotech Berhad mencatatkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga dengan peningkatan 21% dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM22.48 juta, disokong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada sektor penjagaan kesihatan pengguna dan sektor kesihatan awam.
Keuntungan bersih meningkat 20% pada suku tersebut kepada RM16.96 juta. Ini menghasilkan pendapatan sesaham yang lebih tinggi sebanyak 1.80 sen, berbanding 1.52 sen pada tahun sebelumnya.
Secara kumulatif, keuntungan bersih melonjak 18% dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kepada RM49.97 juta, berikutan peningkatan hasil sebanyak 13% berjumlah RM493.73 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, penekanan yang lebih besar oleh kerajaan kepada industri utama seperti farmaseutikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang diumumkan baru-baru ini memberi petanda baik bagi pendapatan masa depan Syarikat.
Beliau berkata, peningkatan peruntukan untuk penjagaan kesihatan di bawah Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini merupakan satu lagi perkembangan positif.
“Tidak dinafikan bahawa penjagaan kesihatan dan farmaseutikal akan terus menjadi sektor penting dalam kehidupan kita.
‘’Kami kekal yakin dengan prospek jangka panjang Syarikat walaupun berdepan keadaan yang mencabar pada tahun 2021,” kata Leonard Ariff dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau menambah, jangkaan bahawa ekonomi akan beransur pulih pada suku-suku akan datang apabila lebih banyak sektor perniagaan kembali beroperasi selepas berbulan di bawah perintah kawalan pergerakan, akan merangsangkan lagi sentimen dan kepenggunaan di kalangan orang ramai.
Pada Oktober lalu, Duopharma mula mengedar vaksin COVID-19 COVILO daripada Sinopharm, selepas ketibaan vaksin itu di Malaysia, justeru menyumbang kepada kempen vaksinasi kebangsaan.
Pada Julai pula, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah memberikan Duopharma (M) Sendirian Berhad, anak syarikat milik penuh Syarikat, pendaftaran bersyarat untuk penggunaan kecemasan bagi vaksin tersebut yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh China National Biotec Group Company Limited.
Pengedaran vaksin itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Duopharma Biotech bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Nov 18 2021
Pada Oktober lalu, Duopharma mula mengedar vaksin COVID-19 COVILO daripada Sinopharm, selepas ketibaan vaksin itu di Malaysia. - Foto DagangNews.com
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Duopharma catat kenaikan hasil 8.5% kepada RM145.44 juta Q4
Beberapa perkembangan akan meningkatkan pendapatannya pada suku akan datang.
Duopharma Biotech catat pertumbuhan kukuh pada Q3 2021
Keuntungan bersih meningkat 20% pada suku ketiga kepada RM16.96 juta, menghasilkan pendapatan sesaham lebih tinggi 1.80 sen.
Pharmaniaga sedia buat perubahan kepada kilang sedia ada untuk vaksin COVID-19
Kumpulan telah membentangkan kepada Majlis Sains Negara mengenai pelan, kapasiti dan keupayaannya untuk tujuan tersebut.