awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duopharma catat kenaikan hasil 8.5% kepada RM145.44 juta Q4

Dagang News
Dagang News
16/02/2022
01:40 MYT
Duopharma catat kenaikan hasil 8.5% kepada RM145.44 juta Q4
Duopharma Biotech Berhad mencatatkan peningkatan hasil pada suku keempat 2021 dengan peningkatan 8.5% kepada RM145.44 juta, walaupun menghadapi cabaran kos yang lebih tinggi. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Duopharma Biotech Berhad mencatatkan peningkatan hasil pada suku keempat 2021 dengan peningkatan 8.5% kepada RM145.44 juta, walaupun menghadapi cabaran kos yang lebih tinggi.
Pada suku tersebut, keuntungan selepas cukai ialah RM15.72 juta, yang menghasilkan pendapatan sesaham sebanyak 1.67 sen.
Bagi tempoh setahun, keuntungan bersih meningkat 12.07% kepada RM65.68 juta, manakala hasil meningkat 12.16% kepada RM639.18 juta.
Syarikat itu telah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 1.8 sen sesaham untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2021 (2020: dividen interim kedua 6 sen sesaham) dan memutuskan bahawa Pelan Pelaburan Semula Dividen syarikat akan dimasukkan ke dalam dividen interim kedua.
Dividen interim kedua yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya ini adalah bagi membolehkan lebih banyak tunai digunakan untuk membiayai pengembangan perniagaan sedia ada dan juga untuk tujuan modal kerja.
Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, beberapa perkembangan akan meningkatkan pendapatannya pada suku akan datang.
Ini termasuk tender RM375 juta yang diterima daripada Kerajaan untuk membekalkan Formulasi Insugen-Insulin Rekombinan Manusia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selama tiga tahun hingga Disember 2024.
Selain itu, kontrak pembekalan produk farmaseutikal dan bukan farmaseutikal kepada hospital dan klinik kerajaan telah dilanjutkan selama 12 bulan sehingga akhir 2022.
Syarikat juga mungkin menikmati potensi penjimatan cukai lebih daripada RM10 juta selepas penyiapan beberapa aset yang layak menjelang 2024, berikutan pengumuman dalam Bajet 2022 bahawa tempoh untuk elaun pelaburan semula khas akan dilanjutkan kepada tahun taksiran 2024.
“Walaupun berdepan cabaran operasi dan kos, kami yakin dengan prospek jangka panjang Syarikat kerana kami percaya permintaan terhadap produk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal akan terus berkembang.
Ini terbukti dengan peningkatan peruntukan Kerajaan untuk sektor penjagaan kesihatan dalam Bajet 2022,” kata Leonard Ariff. – DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Duopharma Biotech
#peningkatan hasil
#dividen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan