Dutch Lady jual tanah kilang di Petaling Jaya

Bernama
September 9, 2020 23:21 MYT
DLMI telah mendapat kelulusan daripada pemegang saham untuk membeli tanah di Bandar Enstek di Negeri Sembilan untuk membina kemudahan pembuatan bagi memenuhi permintaan yang meningkat. --fotoBERNAMA
Pengeluar produk susu dan tenusu, Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) merancang untuk menjual tanah kilangnya di Petaling Jaya melalui tender awam.
Ini susulan daripada kelulusan Lembaga Pengarah untuk DLMI menilai prospek potensi jualan.
Ejen hartanah bebas telah dilantik untuk mendapatkan tawaran daripada pasaran terbuka, menurut DLMI dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.
"Keputusan muktamad mengenai jualan tanah itu hanya akan dibuat selepas penilaian terhadap pelbagai senario selesai dan pengumuman berkaitan jualan itu akan dibuat," katanya.
DLMI berkata ia telah mendapat kelulusan daripada pemegang saham untuk membeli tanah di Bandar Enstek di Negeri Sembilan untuk membina kemudahan pembuatan bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap produknya dan trend pelanggan baharu.
"Terlalu awal untuk menentukan bila kerja-kerja pembinaan bagi kemudahan pembuatan akan bermula berikutan banyak senario sedang dinilai," katanya.
-- BERNAMA
#Bandar Enstek #Bursa Malaysia #DLMI #Dutch Lady #ejen #hartanah #jual #pasaran #Petaling Jaya #susu #tanah #tender awam #tenusu