The Edge Malaysia ESG Awards 2023 jadi teraju masa depan

Astro Awani
Disember 11, 2023 05:57 MYT
The Edge ESG Awards 2023 dianjurkan dengan kerjasama Bursa Malaysia dan FTSE Russell, dengan Morningstar sebagai rakan pengetahuan untuk kategori dana dan Deloitte sebagai juruaudit. - Foto The Edge
KUALA LUMPUR: Syarikat tidak lagi boleh mengelak daripada menerapkan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) tanpa memahami atau melambangkan erti sebenarnya.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Ia memandangkan pengawasan terhadap tindakan 'greenwashing' semakin meningkat.
Nik Nazmi berkata demikian pada majlis makan malam gala Anugerah ESG The Edge Malaysia 2023, yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Greenwashing merujuk kepada dakwaan atau maklumat palsu yang dibuat oleh penjual, pengeluar atau syarikat berkenaan produk atau servis yang dikatakan mesra alam, sedangkan dakwaan atau maklumat tersebut tidak benar.
Nik Nazmi, yang merupakan tetamu kehormat di majlis anugerah itu, menekankan bahawa fokus sekarang bukan lagi sama ada kerajaan dan perniagaan harus melaksanakan ESG, sebaliknya ia memfokuskan kepada kebolehpercayaan terhadap inisiatif ESG yang telah dilaksanakan.
Ujarnya, beliau melihat wujud rasa kepentingan dan kesediaan yang semakin meningkat dalam kalangan perniagaan Malaysia untuk mengadaptasi ESG.
Justeru, apa yang diperlukan ketika ini adalah kestabilan dan kesediaan untuk menyokong komuniti perniagaan dalam industri masing-masing.
#Nik Nazmi #the edge #Anugerah ESG The Edge Malaysia 2023 #The Edge ESG Awards 2023