BISNES
e-Invois pemangkin pendigitalan perniagaan PMKS - HASiL
Portal MyInvois disediakan secara percuma oleh HASiL bagi memudahkan perniagaan mengurus transaksi dan pengeluaran e-Invois secara digital. - Foto HASiL Malaysia
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois merupakan langkah penting dalam mempercepatkan pendigitalan ekosistem perniagaan yang lebih sistematik dan telus, khususnya bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Ringkasan AI
Menurut Pengarah Bahagian e-Invois, Sektor Operasi Cukai HASiL, Rasyidah Che Rosli, inisiatif ini bertujuan membantu PMKS menguruskan transaksi dan perekodan kewangan dengan lebih teratur.
“e-Invois bukanlah satu beban, sebaliknya ia adalah mekanisme baharu yang memudahkan urus niaga secara digital dan telus,” katanya.
Bagi menyokong pelaksanaan ini, HASiL menyediakan dua platform percuma iaitu Portal MyInvois dan MyInvois e-POS, sistem 'point-of-sale' yang boleh digunakan oleh pembayar cukai yang layak.
Perniagaan hanya perlu menyediakan peranti dan sambungan internet untuk mengaksesnya.
Mengulas kebimbangan peniaga kecil dan mikro, Rasyidah menjelaskan bahawa pelaksanaan e-Invois dibuat secara berperingkat.
Ketika ini, fasa ketiga melibatkan perniagaan dengan pendapatan tahunan antara RM5 juta hingga RM25 juta.
PMKS yang berpendapatan di bawah RM500,000 pula dikecualikan buat masa ini.
Fasa keempat akan bermula pada 1 Januari 2026 untuk perniagaan berpendapatan RM1 juta hingga RM5 juta, manakala fasa terakhir melibatkan perniagaan di bawah RM1 juta mulai 1 Julai 2026.
Beliau turut menggalakkan PMKS melaksanakan e-Invois secara sukarela kerana ia memudahkan pelaporan pendapatan, perekodan kewangan serta urusan permohonan pinjaman, geran dan sokongan kerajaan.
Bagi kawasan luar bandar yang menghadapi kekangan capaian internet, kerajaan telah menyediakan lebih 1,000 Pusat NADI dan Pusat Komuniti Desa lengkap dengan kemudahan komputer dan internet.
Di kawasan ini, e-Invois boleh dihantar secara bulanan melalui sistem penyatuan bagi transaksi yang layak, tanpa menjejaskan operasi harian.
HASiL turut memberi jaminan kepada peniaga dalam talian bahawa mereka tidak perlu menguruskan e-Invois secara sendiri jika menggunakan platform e-dagang tempatan, kerana platform tersebut akan menguruskan invois bagi pihak mereka.
Bagi pengguna platform e-dagang luar negara, mereka perlu mengeluarkan e-Invois bil kendiri untuk merekodkan transaksi.
Pelaksanaan e-Invois yang berfasa ini bertujuan memastikan kelancaran adaptasi dalam kalangan perniagaan.
Peniaga juga diingatkan untuk mengemas kini maklumat perniagaan di platform e-dagang masing-masing bagi memastikan proses berjalan lancar.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman mikro e-Invois di www.hasil.gov.my/e-invois atau menghubungi Meja Bantuan e-Invois di talian 03-8682 8000.
Ringkasan AI
- HASiL memperkenalkan e-Invois untuk memudahkan urus niaga dan perekodan kewangan secara digital, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
- Fasa ketiga melibatkan perniagaan berpendapatan RM5 jutaRM25 juta, manakala PMKS bawah RM500,000 dikecualikan buat masa ini. Fasa seterusnya bermula Januari dan Julai 2026.
- Portal MyInvois dan e-POS disediakan percuma, dengan pusat komuniti luar bandar dilengkapi internet. Platform e-dagang tempatan turut membantu pengurusan invois secara automatik.