KUALA LUMPUR: Kenanga Research menyemak turun harga sasaran (TP) Bursa Malaysia Bhd kepada RM6.30 daripada RM7.05 sebelum ini, dengan penarafan 'market perform' dikekalkan.
Firma itu turut mengurangkan anggaran nilai purata harian (ADV) kepada RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) berbanding anggaran sebelum ini, RM2.7 bilion.
Malah, ADV bagi FY23 juga dikurangkan kepada RM2.1 bilion berbanding unjuran awal sebanyak RM2.6 bilion.
"Persekitaran makroekonomi global kekal tidak menggalakkan dengan inflasi Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini meningkat kepada 9.1% setakat Jun 2022.
"Namun, di peringkat domestik, kami mengharapkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik secara berturutan daripada ekonomi yang dibuka semula, kebimbangan kemelesetan mungkin menghalang penyertaan asing," katanya dalam nota kajian hari ini.
Untung bersih Bursa Malaysia merosot 44% kepada RM68 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM121.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Penurunan itu disebabkan hasil operasi yang lebih rendah pada suku berkenaan, susut 29.4% kepada RM161 juta berbanding RM228 juta bagi tempoh sama 2021, berikutan pengurangan hasil dagangan sekuriti.
Pendapatan bagi tempoh itu juga susut kepada RM165.3 juta daripada RM232.28 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
ADV sekuriti yang kembali normal kepada paras sebelum pandemik menyumbang kepada penurunan keuntungan pada suku pertama 2022 berbanding tempoh sama 2021.
Menurut Kenanga Research, volum dagangan akan kekal tertekan kerana pelabur diketepikan oleh makroekonomi global yang tidak memberangsangkan dan sentimen yang lebih perlahan.
"Ini akan mengakibatkan anggaran hasil kami terjejas kira-kira -13% bagi FY22 manakala -10% bagi FY23.
"Pemangkin positif hanya dapat disaksikan dalam tempoh sederhana," katanya.
Firma itu juga mendapati kemungkinan pelabur runcit secara progresif berundur ke arah pelaburan jangka panjang dan produk simpanan yang lebih selamat kerana Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka terus meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) dengan jangkaan 2 lagi kenaikan 25 mata asas. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 15 2022

Firma itu turut mengurangkan anggaran nilai purata harian (ADV) kepada RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) berbanding anggaran sebelum ini, RM2.7 bilion. -Gambar fail/BERNAMA

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

IMF teruskan kerjasama dengan Ukraine
Kyiv menjangkakan pembayaran selanjutnya sekitar EUR5.4 bilion sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dibuat pada 2023.
NATO gesa Zelenskyy baiki hubungan dengan Trump
Ketua NATO, Mark Rutte, pada Sabtu menyatakan bahawa beliau telah menasihati Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, agar mencari jalan untuk memperbaiki hubungannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Nasihat itu diberikan susulan pertelagahan mereka dalam satu pertemuan di White House pada Jumaat.
Nasihat itu diberikan susulan pertelagahan mereka dalam satu pertemuan di White House pada Jumaat.

Zarina Zainuddin ambil alih tugas Allahyarham Akiko, sediakan sahur buat Sky
Selepas pemergian Allahyaham Akiko Okumura, tanggungjawab menyediakan sahur kini cuba diambil alih oleh pelakon Zarina Zainuddin yang merupakan anak saudara Ridzokumura.
Penyokong Ukraine protes depan White House
Puluhan penyokong Ukraine mengadakan protes di perkarangan luar White House di Lafayette Square pada Sabtu untuk mendesak Amerika Syarikat (AS) terus menyokong Ukraine.
Johor komited memperluas kerjasama kebudayaan
Pada masa sama, Johor bakal memperluaskan jaringan kerjasama kebudayaan di Asia Tenggara melalui pelbagai program yang dirancang antaranya Wonderful Nusantara Festival.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024
Hasil meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.53 bilion sebelum itu.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata kepada 1,569.70 daripada 1,568.03 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.