awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia berada di landasan tepat - Najib

Bernama
Bernama
14/02/2018
21:06 MYT
Ekonomi Malaysia berada di landasan tepat - Najib
Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menokok 5.9 peratus pada 2017, dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.
Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5.9 peratus pada 2017 membuktikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian itu mampu dicapai melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi negara yang kukuh.
"Alhamdulillah, melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi yang kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017.
"Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi 2017 juga 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016. Kita di landasan tepat!," katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak pada Rabu.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menokok 5.9 peratus pada 2017, dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi negara
#Najib Razak
#Najib Tun Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan