KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan positif tahun ini bersama ekonomi global lain susulan kemajuan pelancaran vaksin yang bakal meningkatkan semula penggunaan di seluruh dunia, kata Bank Dunia.
Ketua Ahli Ekonomi bahagian Makroekonomi, Amalan Global Perdagangan dan Pelaburannya, Richard Record berkata kumpulan itu menjangka pemberian vaksin sebahagian besarnya boleh diselesaikan pada 2021 di kebanyakan negara, yang dijangka membawa kepada pemulihan ekonomi dan permintaan serta meningkatkan perdagangan dan harga komoditi.
"Kami mengunjurkan pertumbuhan global 4.0 peratus tahun ini. Bagi Malaysia, kami mengunjurkan pertumbuhan ekonomi tahun ini dalam jajaran antaran 5.6 dan 6.7 peratus," katanya semasa Forum Prospek Ekonomi dan Strategik Malaysia 2021 (MESOF) secara maya yang bertajuk: "The Post-COVID-19 New Normal - Where Do We Go From Here" (Normal Baharu Pasca COVID-19 - Apa Yang Perlu Kita Lakukan Seterusnya), pada Isnin.
MESOF dianjurkan secara bersama oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI) dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran risiko kepada pertumbuhan adalah kemajuan perlahan pemberian vaksin dan langkah pembendungan baharu yang boleh membawa kepada pelaksanaan lagi perintah kawalan pergerakan sambil menambah penggunaan merupakan bahagian terbesar daripada ekonomi Malaysia.
"Risiko kepada prospek pertumbuhan termasuklah kelewatan pelancaran vaksin yang tidak dijangka, langkah pengekangan yang tidak efektif, peningkatan bilangan isi rumah rentan dan landskap politik tempatan yang tidak menentu.
"Dalam tempoh terdekat ini, dasar perlu menumpukan kepada membendung penularan dan melindungi golongan paling rentan serta membina penampan fiskal ketika keadaan ekonomi bertambah baik," katanya.
Seorang ahli panel lain, Shan Saeed, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, berkata kerajaan Malaysia terus mengekalkan kestabilan makroekonomi yang bergerak pantas dan mengejutkan peserta pasaran.
"Kerajaan dapat mengawal sepenuhnya ekonomi dan akan terus menyokong apabila ekonomi memerlukan. Gabungan dasar fiskal dan monetari menjadi kunci bagi pertumbuhan ekonomi dan Bank Negara Malaysia masih ada banyak ruang untuk berbuat sesuatu dalam landskap monetari," katanya.
Mengenai keluaran dalam negara kasar (KDNK) pula, beliau mengunjurkan pertumbuhan antara 3.0 hingga 4.0 peratus dan menjangka bank pusat mengekalkan kadar dasar semalaman pada satu hingga 1.75 peratus pada 2021.
Sementara itu, Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Tinjauan Ekonomi Malaysia 2021 mengunjurkan perdagangan luar negara berkembang sebanyak 3.9 peratus dengan eksport barangan dijangka meningkat 2.7 peratus susulan pemulihan perdagangan dan rantaian bekalan global manakala import diunjur naik 5.3 peratus, disumbang oleh peningkatan pelbagai jenis import.
"Inflasi dijangka kembali semula pada 2021 selepas aliran deflasi apabila pandemik COVID-19 telah menjejaskan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.
"Ini susulan pelancaran awal program vaksin COVID-19 yang selamat dan efektif dan peningkatan permintaan berikutan kekurangan bekalan," katanya.
Memetik Kementerian Kewangan, Mohd Uzir berkata inflasi diunjur pada 2.5 peratus berbanding -1.13 peratus pada 2020, menandakan lonjakan kukuh perbelanjaan pengguna.
Mengenai tenaga buruh, beliau berkata ia diunjurkan kekal pada 1.1 peratus manakala kadar pengangguran diunjur menyusut kepada 3.5 peratus pada 2021 berbanding anggaran 4.5 peratus pada 2020, apabila ekonomi negara dijangka melantun semula pada 2021 selepas mencatatkan prestasi lemah pada 2020 disebabkan pandemik tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Pemberian vaksin sebahagian besarnya boleh diselesaikan pada 2021 di kebanyakan negara, yang dijangka membawa kepada pemulihan ekonomi. - Gambar hiasan/ Bernama

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Ekonomi Malaysia dijangka pulih pada 2021 susulan pelancaran program vaksin - Bank Dunia
Pemberian vaksin sebahagian besarnya boleh diselesaikan pada 2021 di kebanyakan negara, yang dijangka membawa kepada pemulihan ekonomi.

PKP jadi cabaran Malaysia capai perkembangan ekonomi 6.7 peratus - HSBC
Pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri pada awal 2021 menjadi antara faktor Malaysia berdepan cabaran mencapai perkembangan ekonomi 6.7 peratus tahun ini.

Malaysia perlu teliti semula dasar usia persaraan - Bank Dunia
Malaysia perlu meneliti semula dasar mengenai had usia persaraan berikutan statusnya sebagai negara yang mempunyai masyarakat berusia.

COVID-19: Langkah spesifik perlu diteruskan, imbangi kesihatan dan ekonomi
PKP tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh yang panjang memandang ia memberi kesan besar kepada ekonomi.

Rakyat Malaysia dijangka bekerja lebih lama pada masa depan - Mustapa Mohamed
Lebih daripada 7 peratus daripada populasi penduduk negara ini akan berusia 65 tahun ke atas pada 2020, menjadikan Malaysia sebuah negara tua.

Bank Dunia turunkan unjuran pertumbuhan 2020 Malaysia kepada -4.9 peratus
Menurut Bank Dunia, peningkatan kadar pengangguran dan kelemahan lain dalam pasaran buruh akan terus menjejaskan penggunaan swasta.

RCEP: Malaysia masih boleh tingkat akses ke India
RCEP dengan penglibatan India akan membolehkan Malaysia mengakses 47.5 peratus saiz pasaran atau hampir separuh jumlah penduduk dunia.

Bank Dunia puji langkah Malaysia semak semula garis kemiskinan
Kaedah atau metodologi garis kemiskinan Malaysia sebelum ini juga tidak dikemas kini sejak 2005 dan nilai sebenarnya tidak berubah sejak dirangka pada 1977.

Pengeluaran penuh pada umur 55 kekal - KWSP
KWSP ambil maklum cadangan Bank Dunia menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam KWSP daripada umur 55 kepada 65.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 25 Jun 2020.