KUALA LUMPUR:Impak penularan COVID-19 ke atas negara ini menjadikan kebanyakan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) mula membuang sifat skeptikal mereka terhadap ekosistem digital, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Surina Shukri.
Jelasnya lagi, persoalan yang bermain dalam majoriti penggiat IKS, bukan lagi tentang mengapa mereka perlu menceburkan perniagaan masing-masing dalam pendigitalan, tetapi bagaimana.
Surina berkata, ia jelas berbeza sewaktu beliau mula menyertai MDEC pada 2019, apabila kebanyakan peniaga IKS enggan berbuat demikian, memikirkan kesukaran mengadaptasi sistem baharu, termasuk kemungkinan pelaburan besar yang perlu dibuat.
“Pertama kali saya memegang jawatan ini, apabila kita bercakap dengan mereka tentang pendigitalan, ada seakan-akan sifat prasangka atau was-was. Tetapi COVID-19 telah menjadi faktor penggerak, dan kebanyakan SME tidak lagi bertanya kenapa, tetapi bagaimana.
“Dan mengenai langkah terbaik untuk mereka libatkan diri dalam ekosistem ini, ada pelbagai alatan dan penyelesaian yang disediakan. Dan orang ramai mula lihat tentang kebaikan sistem ini, termasuk yang asas seperti telekonferens dan sebagainya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu sesi soal jawab sempena Google Breakfast Series - Peering into Malaysia’s Digital Future, yang dikendalikan Pengarah Urusan Google Malaysia Marc Woo, hari ini.
Turut menjadi panelis ialah - Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut, Pengarah Urusan Grab Malaysia Sean Goh dan Pengasas Bersama Picha Eats Suzanne Ling.
Mengulas lanjut, Surina berkata, antara inisiatif yang MDEC jalankan, termasuk kerjasama strategik dengan Maxis melalui Geran Pendigitalan SME khusus bagi membantu menukar corak perniagaan industri berkenaan.
Dalam pada tu, Marc berkata, proses menukar persekitaran perniagaan IKS itu amat penting dalam era kini, khususnya bagi memastikan sektor berkenaan terus maju dan berdaya saing.
“Terdapat banyak solusi serta alatan yang boleh digunakan oleh IKS untuk melibatkan diri dalam ekosistem pendigitalan. Tidak perlu melihat terhadap perkara yang kompleks seperti IoT atau Big Data, cuma perkara yang asas sudah sudah mencukupi,” katanya lagi.
Sementara itu, Suzanne berpandangan, graduan baharu yang ingin menceburkan diri dalam pendigitalan tidak perlu memahami dunia koding yang kompleks, tetapi boleh melihat kepada perkara yang mudah seperti bagaimana membantu menubuhkan perniagaan dalam talian.
Jelasnya lagi, terdapat banyak penggiat IKS yang sehingga kini masih tercari-cari langkah yang sesuai untuk berbuat demikian.
“Jika anda mahu libatkan diri dalam ekonomi gig, anda boleh bantu tubuhkan perniagaan dalam talian, sediakan perkhidmatan media sosial, membuat rekaan produk bagi IKS dan pelbagai lapisan lagi dalam ekosistem pendigitalan.
“Tidak banyak IKS yang mampu berbelanja besar menggunakan firma dan agensi pemasaran yang besar untuk memasarkan produk mereka,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Feb 04 2021
COVID-19 menyebabkan penggiat IKS tidak lagi bertanya 'kenapa', tetapi 'bagaimana' mahu ceburkan diri dalam ekosistem pendigitalan. - Foto Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Cip kuantum Google Willow selesaikan masalah 10 septilion tahun dalam masa 5 minit
Cip Kuantum Google Willow Menyelesaikan Masalah 10 Septilion Tahun Dalam Masa 5 Minit
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Ia mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Google uji ciri jana rumusan tambahan dengan AI pada AI Overviews
Ciri baharu ini boleh menjana ringkasan carian dengan AI berdasarkan teks yang dipilih.
PM bertemu wakil Google, bincang isu AI, pusat data
Tumpuan utama perbincangan adalah berkait elemen penting yang akan memainkan peranan besar dalam memperkukuh ekonomi digital negara.
Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.
Google mula perkenal integrasi rumusan AI pada hasil carian untuk semua pengguna
Hari ini Google mengumumkan AI Overviews kini diaktifkan di 100 negara seluruh dunia.
Google bangunkan 'Jarvis' bantu selesai tugasan melalui pelayar web
Tugasan ini termasuk dalam melakukan kajian, melakukan pembelian, termasuk seperti menempah tiket penerbangan yang sesuai selepas membandingkan data daripada harga, kalendar dan sebagainya.