KANGAR: Ekosistem kewangan Islam yang semakin berkembang di Malaysia berpotensi menarik lebih banyak pelaburan bukan sahaja daripada negara Islam, malah dalam kalangan pelabur yang mementingkan prinsip etika dan tanggungjawab sosial.
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Mohd Zukime Mat Junoh berkata antara faktor penarik sistem kewangan Islam adalah memenuhi keperluan Syariah, ketelusan dan etika serta mempunyai diversifikasi pelaburan.
Menurutnya pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah manakala kewangan Islam yang berkembang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan ini.
"(Dari segi) ketelusan dan etika iaitu kewangan Islam menekankan prinsip ketelusan, keadilan dan tanggungjawab sosial yang menarik minat pelabur yang mencari pelaburan beretika dan bertanggungjawab.
"Diversifikasi pelaburan pula menawarkan alternatif kepada pelabur global termasuk daripada negara bukan Islam yang sememangnya ingin mencari diversifikasi dalam pelaburan mereka (kewangan Islam) kerana kestabilan dan etika pelaburannya," katanya kepada Bernama.
Mohd Zukime mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) baru-baru ini yang menyatakan ekosistem kewangan Islam perlu berkembang secara beransur-ansur dengan memberi penekanan lebih kepada kewangan berasaskan nilai.
Perdana Menteri berkata ia perlu melangkaui motif berasaskan keuntungan atau menyemai pemikiran bahawa kekayaan tidak hanya berlegar dalam segelintir kumpulan sahaja tetapi diagihkan untuk memajukan masyarakat, dan pelaburan yang menjanjikan kesejahteraan seimbang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam usaha meningkatkan lebih banyak inovasi kewangan Islam.
Mengulas selanjutnya, Mohd Zukime berkata ekosistem kewangan Islam yang berasaskan keadilan, keseimbangan dan tanggungjawab sosial serta menekankan perkongsian risiko dan keuntungan serta melarang riba (faedah), spekulasi yang berlebihan perlu terus berkembang demi ekonomi negara.
Menurutnya melalui usaha itu, Malaysia boleh mengukuhkan kedudukan sebagai pusat kewangan Islam global sekali gus menarik lebih banyak institusi kewangan dan pelabur asing supaya dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
"Dengan mengelakkan riba dan spekulasi berlebihan, kewangan Islam cenderung lebih stabil dan berdaya tahan terhadap krisis kewangan. Ini dapat membantu mengurangkan volatiliti pasaran dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih stabil," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Nur Syaedah Kamis yang turut menghadiri GFIEF berkata, perkembangan ekosistem kewangan Islam adalah penting untuk memastikan objektif Syariah terutama penjagaan harta terus terjamin.
"Ekosistem ini mengikut prinsip Syariah untuk memastikan urus niaga dan pelaburan memberikan keuntungan kepada semua pihak berkepentingan termasuk golongan asnaf atau yang memerlukan.
"Proses pengedaran kekayaan dalam ekosistem ini memastikan kekayaan tidak dimonopoli oleh segelintir pihak sahaja tetapi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Ini menyumbang besar kepada ekonomi negara dari segi kestabilan kewangan, diversifikasi pasaran, pengukuhan ekonomi domestik dan peningkatan kesejahteraan sosial," katanya.
Menurutnya pengukuhan ekosistem kewangan Islam yang berdaya tahan dan sejajar dengan perkembangan teknologi serta keperluan masyarakat membolehkan Malaysia mencapai pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Mengenai dana RM100 juta untuk meningkatkan inovasi sistem kewangan Islam, katanya langkah ini menunjukkan kerajaan sangat proaktif dalam memberikan peluang kepada pakar kewangan Islam di negara ini untuk berinovasi dalam mengembangkan ekonomi Islam yang tidak berfokus kepada keuntungan semata-mata.
"Insentif ini semestinya telah meningkatkan semangat pakar bidang kewangan Islam dalam industri dan akademik untuk bekerjasama rapat dan menyahut usaha kerajaan dalam mengembangkan ekosistem kewangan Islam," katanya.
Menurutnya hasil inovasi itu kelak sudah pasti dapat memberikan manfaat dan membela golongan asnaf atau tidak berkemampuan sekali gus memelihara kesejahteraan sosial dalam mengurangkan kemiskinan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024
Melalui usaha mengembangkan ekosistem kewangan Islam, Malaysia boleh mengukuhkan kedudukan sebagai pusat kewangan Islam global sekali gus menarik lebih banyak institusi kewangan dan pelabur asing. - Gambar hiasan
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.
Kewangan Islam diharap jadi pemacu ekonomi lebih lestari - Gabenor BNM
Tegasnya, prinsip-prinsip seperti keadilan, keterangkuman, daya tahan dan kelestarian adalah amat penting dalam landskap ekonomi masa kini.
Kewangan Islam penting rapatkan jurang pembiayaan kemampanan - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kewangan Islam berpotensi merapatkan jurang pembiayaan yang penting untuk peralihan kepada masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Bank Negara fokus tingkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam tahun ini
Bank Negara Malaysia menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia.
KazanForum 2024: Lebih 20 juta Muslim di Rusia dapat akses kepada kewangan Islam
Pada 2023, Rusia meluluskan undang-undang mengenai perbankan Islam dan bereksperimen dengan penggunaannya selama dua tahun.
Kemajuan kewangan Islam Malaysia akan menjayakan peralihan kewangan hijau - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan berkaitan cabaran iklim.
GMBF 2023 memangkin ekonomi Islam global - Dr Ma’ruf Amin
GMBF 2023 merupakan wadah ideal dalam menghubungkan dunia ekonomi Islam serta bukan Islam dalam memangkin ekonomi Islam ke peringkat yang lebih mendunia.