awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport di sembilan negeri catat peningkatan pada Januari 2024 - DOSM

Bernama
Bernama
28/02/2024
09:19 MYT
Eksport di sembilan negeri catat peningkatan pada Januari 2024 - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia pada Januari 2024 meningkat semula dengan berkembang dua angka sebanyak 13.3 peratus kepada RM234.73 bilion dari tahun ke tahun selepas mencatatkan penguncupan 10 bulan berturut-turut.
KUALA LUMPUR: Eksport di sembilan negeri meningkat pada Januari 2024, menyumbang kepada peningkatan 8.7 peratus, atau RM9.8 bilion dalam jumlah eksport Malaysia kepada RM122.4 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itu dipengaruhi oleh kenaikan eksport di negeri Johor (+RM5.6 bilion), Selangor (+RM3.3 bilion), Kedah (+RM1.2 bilion), Sarawak (+RM1.2 bilion), Perak (+RM640.1 juta), Pahang (+RM609.8 juta), Terengganu (+RM308.1 juta), Kuala Lumpur (+RM92.3 juta) dan Kelantan (+RM82.8 juta).
"Bagaimanapun, eksport menurun di Pulau Pinang sebanyak RM2.0 bilion, Labuan (-RM1.1 bilion), Sabah (-RM196.9 juta), Melaka (-RM188.5 juta), Negeri Sembilan (-RM130.7 juta) dan Perlis (-RM11.6 juta)," katanya.
Mohd Uzir berkata Pulau Pinang bagaimanapun kekal sebagai pengeksport utama dengan menyumbang 28.2 peratus, diikuti Johor (22.4 peratus), Selangor (18.0 peratus), Sarawak (8.7 peratus) dan Kuala Lumpur (4.5 peratus).
Jumlah dagangan Malaysia pada Januari 2024 meningkat semula dengan berkembang dua angka sebanyak 13.3 peratus kepada RM234.73 bilion dari tahun ke tahun selepas mencatatkan penguncupan 10 bulan berturut-turut.
Jumlah eksport negara meningkat 8.7 peratus kepada RM122.4 bilion, manakala import meningkat 18.8 peratus kepada RM112.3 bilion.
Melihat kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir berkata import pada Januari 2024 meningkat RM17.8 bilion (+18.8 peratus) berbanding bulan yang sama pada 2023.
"Peningkatan import itu disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri seperti Johor (+RM7.0 bilion), Selangor (+RM4.9 bilion), Kuala Lumpur (+RM2.8 bilion), Pulau Pinang (+RM1.1 bilion), Pahang (+RM739.1 juta), Melaka (+RM618.3 juta), Kedah (+RM445.1 juta), Negeri Sembilan (+RM167.5 juta), Terengganu (+RM153.8 juta), Kelantan (+RM28.0 juta), Sabah (+RM22.5 juta) dan Perlis (+RM6.7 juta).
Bagaimanapun, nilai import berkurangan di Sarawak sebanyak RM261.2 juta, Labuan (-RM51.4 juta) dan Perak (-RM19.1 juta).
Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan menyumbang 26.4 peratus, diikuti Johor (23.7 peratus), Pulau Pinang (19.1 peratus), Kuala Lumpur (8.8 peratus) dan Kedah (5.6 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
#Eksport di sembilan negeri
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan