Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) yakin bahawa eksport halal Malaysia ke India akan mengatasi paras RM1.6 bilion dalam 2019 selepas meningkatnya permintaan untuk produk halal di negara tersebut.
Pengurus Bahagian Antarabangsa Mohammad Shukur Sugumaran ketika memetik perangkaan HDC Halal Datawarehouse System menjelaskan eksport halal ke India telah melonjak 12 peratus kepada RM1.59 bilion pada 2018 daripada RM1.43 bilion pada tahun sebelumnya, mencerminkan permintaan yang kukuh.
"Eksport bahan-bahan halal menyaksikan kenaikan terbesar iaitu sebanyak 20 peratus kepada RM1.2 bilion pada 2018 berbanding hanya RM982 juta pada 2017.
Pembentangan itu dibuat bersempena dengan seminar halal sehari yang dianjurkan secara bersama oleh HDC dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Bertemakan, "Halal India: Lombong Emas yang Belum Diterokai", acara itu bertujuan mewujudkan kesedaran halal khususnya ke atas produk-produk halal Malaysia yang merupakan antara peneraju pasaran India.
Ia juga bertujuan untuk mewujudkan ruang pasaran di India bagi syarikat Malaysia, di samping mempromosikan negara ini sebagai destinasi penyumberan produk halal.
Acara ini merupakan kerjasama pertama antara HDC dan MATRADE di Chennai dan berjaya menarik 70 peserta pasaran tempatan.
Sementara itu, Mohammad Shukur juga menyeru agar perniagaan di India merebut peluang-peluang halal yang belum diterokai di negara ini, memandangkan India mempunyai penduduk Muslim yang amat besar iaitu kira-kira 180 juta.
"Angka tersebut adalah yang kedua terbesar selepas Indonesia, tetapi 80 peratus daripada permintaan pasaran untuk umat Islam di negara itu masih lagi belum dipenuhi," katanya.
Beliau menegaskan kebanyakan penduduk India mempunyai salah tanggapan mengenai konsep halal di mana mereka berpendapat bahawa ia adalah semata-mata mengenai penyediaan daging atau makanan dan minuman.
"Halal memberikan tawaran lebih dari itu, bermula daripada kosmetik kepada tekstil hingga ke produk farmaseutikal," katanya.
Oleh itu, beliau menyeru usahawan-usahawan India untuk melihat halal sebagai satu perniagaan yang serius, memandangkan di peringkat global, pasaran dijangka akan berkembang kepada AS$7.7 trilion menjelang 2030 daripada AS$2.8 trilion pada 2016 memandangkan penduduk Islam sedang meningkat di seluruh dunia.
Sementara itu, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Chennai, Muzzafar Shah Hanafi yakin India, yang mempunyai hubungan yang kukuh dengan banyak negara Islam, berkemampuan untuk menjadi satu kuasa penggerak dalam ekonomi halal global pada masa akan datang.
India mempunyai peluang halal yang amat besar untuk diterokai memandangkan ianya merupakan negara kedua terbesar daripada segi jumlah populasi Islam, ekonomi ketiga terbesar daripada segi kuasa membeli serta penduduk termuda dunia di mana lebih daripada 50 peratus rakyatnya berumur 25 tahun dan ke bawah.
"Saya percaya revolusi halal di India telah bermula memandangkan kita telah melihat peningkatan yang membanggakan dalam penyertaan syarikat-syarikat India dalam pameran perdagangan halal global sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019

Muzzafar Shah yakin India berkemampuan menjadi satu kuasa penggerak dalam ekonomi halal global pada masa akan datang. --fotoBERNAMA

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/thumbnails/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan merekod catatan masa 1 minit 47.81 saat, sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD).

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD dan bagaimana mengendalikannya?
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

PKNS, UiTM meterai MoU bagi pelihara Hutan Komuniti Shah Alam
PKNS dan UiTM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan - PM
NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan bagi tingkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.

RichWorks anjur program Berani Bina Bisnes Berjaya, lahir lebih ramai jutawan
Ia bakal diadakan secara maya dan 100 peratus percuma sebagai usaha memupuk semangat keberanian usahawan untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi bermula 25 hingga 27 Februari 2022.

Kerajaan digesa beri kelonggaran kepada industri perhotelan guna pekerja asing
Beliau memohon kepada semua pelanggan untuk memahami keadaan semasa akibat kekurangan pekerja dan lambakan tempahan bilik secara mendadak.

Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.

RUAG Malaysia dijenamakan semula sebagai Global Component Asia
GSA telah memperoleh operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebuah kumpulan teknologi dari Switzerland, RUAG International di Malaysia pada Jun lalu.

Institusi kewangan perlu kreatif bangunkan penyelesaian baharu, inovatif - Gabenor
Tidak memadai bagi institusi kewangan untuk hanya memanfaatkan instrumen tradisional dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan.

Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan.

RichWorks anjur seminar percuma, bimbing usahawan
Matlamat seminar itu adalah untuk menyemai semangat keusahawanan dan meningkatkan kemampuan perniagaan.

Ada orang kata 'bisnes dan rasuah berjalan seiring'... Benarkah begitu?
Jika tanggapan itu wujud, ternyata ekonomi dan amalan perniagaan sesebuah negara tidak sejajar dengan amalan baik.