MIDF Research Sdn Bhd menjangkakan eksport Malaysia terus kekal rendah pada bulan-bulan mendatang.

Eksport turun bagi bulan kedua berikutan pendapatan yang rendah dari minyak sawit dan getah dan permintaan luaran yang rendah bagi mendapatkan produk elektrik dan elektronik (E&E).

"Kami menjangkakan harga komoditi yang rendah dan permintaan yang kecil bagi mendapatkan produk E&E akan berterusan pada separuh pertama 2013," katanya dalam satu nota penyelidikan.

"Bagi Malaysia, kami menjangkakan peningkatan import barangan perantara dan modal yang tidak memasukkan produk sekali gus kini berada pada trend yang sihat, mencerminkan bahawa pertumbuhan ekonomi domestik dipacu oleh aktiviti domestik, yang menggantikan kekurangan dari segi eksport," katanya.