BISNES
Eksport Malaysia meningkat 7.0 peratus kepada RM135.0 bilion pada November 2025 - DOSM
Pertumbuhan itu didorong permintaan luar yang lebih kukuh, seperti yang ditunjukkan menerusi pertumbuhan eksport 7.0 peratus kepada RM135.0 bilion manakala peningkatan import sebanyak 15.8 peratus kepada RM128.9 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan pada November 2025, dengan jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion daripada RM237.4 bilion.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjelaskan pertumbuhan itu didorong permintaan luar yang lebih kukuh, seperti yang ditunjukkan menerusi pertumbuhan eksport 7.0 peratus kepada RM135.0 bilion manakala peningkatan import sebanyak 15.8 peratus kepada RM128.9 bilion.
Sementara itu, lebihan dagangan berjumlah RM6.1 bilion, menunjukkan penurunan 58.8 peratus berbanding RM14.8 bilion pada November 2024.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport Malaysia meningkat pada November 2025, sejajar dengan peningkatan eksport semula dan eksport domestik.
"Eksport semula menyumbang 22.0 peratus daripada jumlah eksport dan meningkat 40.3 peratus tahun ke tahun kepada RM29.8 bilion. Sementara itu, eksport domestik yang merangkumi 78.0 peratus mencatatkan pertumbuhan marginal 0.3 peratus kepada RM105.2 bilion," katanya dalam kenyataan mengenai Perangkaan Perdagangan Luar Negara Malaysia November 2025 yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata import turut meningkat kepada RM128.9 bilion, menunjukkan pertumbuhan 15.8 peratus. Lebihan dagangan mengecil 58.8 peratus kepada RM6.1 bilion, mencatatkan lebihan dagangan 67 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Berbanding dengan Oktober 2025, import mencatatkan peningkatan marginal 0.7 peratus, daripada RM127.9 bilion kepada RM128.9 bilion manakala eksport, jumlah dagangan dan lebihan dagangan masing-masing jatuh 9.0 peratus, 4.5 peratus dan 70.0 peratus, katanya.
Mohd Uzir berkata peningkatan eksport didorong terutama oleh kenaikan eksport barangan ke Taiwan (+RM3.2 bilion), diikuti oleh China (+RM1.4 bilion), Hong Kong (+RM1.3 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.2 bilion), Mexico (+RM1.0 bilion), Singapura (+RM736.0 juta) dan Vietnam (+RM715.7 juta).
"Kenaikan tersebut sebahagian besarnya disumbangkan oleh penghantaran yang lebih tinggi bagi barangan elektrik & elektronik (+RM7.7 bilion); barangan optik dan saintifik (+RM1.6 bilion); bijih logam dan serpihan logam (+RM1.3 bilion); barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM487.3 juta); barangan perkilangan logam (+RM393.1 juta); serta jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM321.4 juta)," katanya.
Beliau berkata peningkatan import pula disumbangkan terutama oleh kemasukan barangan yang lebih tinggi dari China (+RM8.7 bilion), diikuti oleh Costa Rica (+RM6.6 bilion), Korea Selatan (+RM3.4 bilion), Emiriah Arab Bersatu (+RM1.3 bilion), Taiwan (+RM1.3 bilion), Oman (+RM1.2 bilion) dan Kesatuan Eropah (+RM826.6 juta).
"Peningkatan import disumbangkan oleh kemasukan yang lebih tinggi bagi barangan elektrik dan elektronik (+RM17.5 bilion); jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM1.3 bilion); bijih logam dan serpihan logam (+RM942.4 juta); lain-lain (+RM922.2 juta); barangan optik & saintifik (+RM414.2 juta); serta barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit," katanya.
Ketua Perangkawan berkata jumlah dagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga November 2025 berjumlah RM2.8 trilion, mencatatkan pertumbuhan tahunan 5.8 peratus.
"Prestasi ini disokong oleh pengukuhan eksport yang meningkat 6.1 peratus serta pertambahan import 5.6 peratus. Lebihan dagangan juga bertambah kukuh, meningkat 10.7 peratus kepada RM132.6 bilion berbanding angka pada tempoh yang sama 2024," katanya.
-- BERNAMA