awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020

Bernama
Bernama
07/04/2022
21:00 MYT
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2.
Beliau berkata pada 2020, keluasan tanaman nanas adalah 17,228 hektar bersamaan 9.5 peratus daripada keseluruhan keluasan tanaman buah-buahan di negara ini.
"Kawasan tanaman nanas tertumpu di selatan Semenanjung Malaysia, manakala Sabah merupakan negeri pengeluar utama nanas ketiga dan menyumbang 6.1 peratus keluasan tanaman nanas di Malaysia," katanya di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Ronald berkata berdasarkan data pengeluaran nanas pada 2020, produktiviti tanaman nanas per hektar di Sabah mencatatkan penurunan dengan 14.92 juta tan per hektar berbanding 15.6 tan per hektar pada 2016.
Sabah berpotensi mengembangkan produktiviti eksport nanas dengan anggaran nilai pengeluaran berjumlah RM643 juta dalam tempoh lima tahun sehingga 2025, katanya.
Sementara itu semasa sidang media, beliau berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan pada tahun ini kepada Sabah sebagai dana permulaan untuk merancakkan lagi industri nanas.
Beliau berkata ia merupakan langkah pertama untuk menjayakan hasrat penanaman dan perusahaan nanas di negeri ini.
"Sabah menyasarkan pengeluaran nanas untuk lima tahun akan datang sebanyak 200,000 tan dengan keluasan 1,500 hektar," katanya.
Pada majlis itu Ronald bersama Jeffrey menyaksikan tiga MoU antara MAFI dan MAFS ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) Datuk Dr Mariana Tinggal.
MoU lain adalah antara Agrobank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco); Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan Karkun Sdn Bhd berkaitan kerjasama dalam pembangunan usahawan produk berasaskan tomato.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nanas
#ekonomi
#eskport
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan