KUALA LUMPUR: Syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dalam bidang teknologi perhubungan, ELMLAB dan syarikat R&D dengan kepakaran dalam bidang automasi, REKA bekerjasama bagi pembangunan teknologi untuk kenderaan pandu sendiri di Malaysia.
Menerusi kerjasama itu, ELMLAB akan mempercepatkan pembangunan teknologi pandu sendiri dalam pasaran yang menyepadukan teknologi ke dalam sistem pandu sendiri dan pelbagai fungsi lain.
Pengenalan teknologi 5G juga membantu mewujudkan suasana kondusif dalam menyokong pembangunan inovasi Internet Kebendaan (IoT) seperti kenderaan berautonomi dengn ELMLAB dan REKA akan bekerjasama dalam mewujudkan pemanduan yang lebih bijak dan selamat di Malaysia melalui penyelidikan dan pembangunan kolaboratif.
Pengarah ELMLAB, Choo Tzer Mann berkata, pihaknya mempercayai kekuatan kerjasama itu dengan rakyat Malaysia akan memiliki akses peralatan digital yang lebih canggih untuk kehidupan yang lebih selamat.
"Bermula dengan pelaksanaan teknologi kami dalam teknologi automotif Malaysia, kami berharap dapat menegmbangkan teknologi perhubungan kepada agensi pengangkutan selain perbadanan pembangunan jalan raya untuk menikmati pengalaman pemanduan yang lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menerusi asas teknologi itu, ia dapat membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi ekosistem teknologi dan menyokong aplikasi berkaitan yang berkisar dengan penggunaan data.
Pada masa hadapan, teknologi perhubungan akan merangkumi pelaksanaan dalam sistem keselamatan dan penggunaan robot.
Ketua Pegawai Eksekutif REKA, Haziq Faris berkata, usaha bersama REKA dan ELMLAB akan membawa pandangan industri dalam usaha untuk memasarkan teknologi autonomi di dalam pasaran tempatan.
"Dunia semakin cepat menggunakan sistem pemanduan autonomi terutamanya dalam Bandar Pintar dan kami sedang berusaha untuk mengurangkan jurang digital dengan menyepadukan teknologi.
"Usaha ini bukan sahaja mempercepatkan pembangunan teknologi tempatan selain menyerlahkan kepentingan R&D menerusi jalinan kerjasama," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Mar 19 2022

Usaha bersama REKA dan ELMLAB akan membawa pandangan industri dalam usaha untuk memasarkan teknologi autonomi di dalam pasaran tempatan. - Foto DagangNews

Donald Trump saman bekas perisik British, penulis dokumen Steele
Perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.

Takraw: Malaysia ulangi pencapaian perak, gagal tamatkan dominasi 25 tahun Thailand
Thailand merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad sepak takraw Malaysia sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut.

'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.

Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final
Pasukan skuasy wanita negara meneruskan cabaran mereka untuk merampas semula pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dalam separuh akhir.

RM101 juta biasiswa untuk anak Sabah - Hajiji
Beliau berkata peruntukan biasiswa itu memberi manfaat kepada 4,638 pelajar Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Adik dikecam jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, ini respons Bell Ngasri
Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.

Edar ketamin lebih 26kg, tiga sekawan berdepan hukuman mati
Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis ketamin seberat lebih 26 kilogram minggu lepas.

Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura
Perlu bawa imej meyakinkan rakyat, masyarakat antarabangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin melakukan rombakan Kabinet atas alasan pencapaian parti kerajaan yang kurang memuaskan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lalu.
Malaysia kutuk tindakan ekstremis Israel di masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk pencerobohan oleh pendatang ekstremis Israel di Masjid Al Aqsa pada 24 dan 25 Sept lalu.

ELMLAB, REKA bekerjasama bangunkan teknologi kenderaan pandu sendiri di Malaysia
ELMLAB akan mempercepat pembangunan teknologi pandu sendiri yang menyepadukan teknologi ke dalam sistem pandu sendiri.