awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat trend baharu pembelian atas talian pada 2018 - 11street

Amirul Awaludin
Amirul Awaludin
20/12/2017
22:46 MYT
Empat trend baharu pembelian atas talian pada 2018 - 11street
Kadar penembusan e-dagang dijangka mencapai 4% hingga 5% daripada jumlah pasaran runcit pada tahun 2018, meningkat dua kali ganda berbanding 2015. - Gambar hiasan
Kadar penembusan e-dagang dijangka mencapai 4 peratus hingga 5 peratus daripada jumlah pasaran runcit pada tahun 2018, meningkat 2.5 peratus berbanding 2015, jelas Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim.
"Apabila infrastruktur betul berada ditempatnya, kami berharap Malaysia boleh mempercepatkan kadar penembusan e-dagang, antara 4 peratus hingga 5 peratus pada tahun 2018," ujarnya.
Menerusi kenyataan kepada media, Hoseok juga berkata bagi tahu 2018, penguna menjangkakan lebih banyak produk, servis yang lebih berkenaan dan tawaran harga yang lebih menarik.
Tambahnya, slogan Moving forward, ‘experience’ and ‘convenience’ akan menjadi tema utama pada tahun 2018.
"Pengguna akan melihat perkhidmatan yang telah dinaik taraf, lebih banyak tawaran seperti pembayaran tanpa tunai, proses pemeriksaan yang lebih lancar dan perkhidmatan sistem penjejakan produk bersepadu untuk ketelusan yang lebih tinggi," jelasnya.
Berikut adalah empat trend e-dagang pada 2018:
1. Kebangkitan kaedah pembayaran beragam (Rise of Diversified Payment Methods)
Pengguna pada masa kini dilihat lebih menyesuaikan diri dengan penggunaan e-dagang ini dalam kegunaan harian mereka seperti membuat pembayaran tanpa tunai melalui dompet mudah alih (mobile wallets).
Menurut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa 2016, tujuh dari 10 rakyat Malaysia menyatakan kesediaan untuk menggunakan dompet mudah alih, manakala 68 peratus rakyat Malaysia akan memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh (contactless payments) melalui wang tunai.
2. Evolusi Proses Pemeriksaan (Evolvement of Check-out Process)
Ciri seperti 'Remember Me' memudahkan transaksi penguna menerusi faktor kemudahan dan kecekapan.
Ciri ini berupaya menyediakan maklumat pembayaran dan penyampaian yang diperlukan oleh pengguna secara selamat daripada pencerobohan dan kecurian data.
3. Lebih ketelusan dalam penghantaran produk (Greater Transparency on Product Delivery)
Bukan setakat hanya penghantaran produk lebih cepat ettapi pengguna juga berharap untuk mengetahui dengan tepat kedudukan produk mereka dan tempoh waktu produk itu boleh tiba.
4. Dinamik Pasaran e-dagang untuk Pemain Berjenama (Dynamism of the E-commerce Market for Brand Players)
Perniagaan tempatan dan pemain berjenama perlu sedar bahawa e-dagang ini mempunyai dominasi tersendiri dalam sektor peruncitan atas talian, menjadikan platform ini ideal demi meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka.
Konsep 'Click & Collect' merupakan satu konsep di mana pengguna membeli produk daripada sesuatu jenama secara atas talian. Bagaimanapun elemen ini mendorong mencuba dan membeli produk lain di kedai fizikal.
Topic Berkaitan
#11street
#E-dagang
#Hoseok Kim
#mobile wallets
#rakyat Malaysia
#remember me
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan