EU denda empat pengeluar kereta Jerman

Astro Awani
Julai 9, 2021 09:16 MYT
Ini adalah kali pertama EU mendenda pakatan untuk mengehadkan pembangunan teknologi. - Foto REUTERS
KESATUAN EROPAH (EU) mendenda empat pengeluar kereta utama Jerman dengan jumlah 875 juta euro.
EU mendapati, syarikat itu berkomplot untuk mengehadkan pembangunan dan pengeluaran sistem yang mengawal pelepasan gas pencemar kenderaan.
Daimler, BMW, VW, Audi dan Porsche berkomplot untuk mengelak bersaing dalam pembangunan teknologi yang akan mengehadkan pencemaran daripada kenderaan petrol dan diesel.
Daimler bagaimanapun tidak didenda selepas mendedahkan pakatan berkenaan kepada Suruhanjaya Eropah.
Ini adalah kali pertama EU mendenda pakatan untuk mengehadkan pembangunan teknologi dan bukan pakatan harga yang biasa dilakukan.
Menurut Ketua Anti Monopoli EU, biarpun syarikat ini mempunyai teknologi untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya, mereka menolak persaingan dan manfaat yang mungkin diberikan kepada pengguna untuk mendapatkan kenderaan yang lebih bersih.
EU membenarkan kerjasama antara syarikat untuk mempercepatkan pembangunan teknologi dan untuk sebarang peningkatan kebaikan.
#EU #Kesatuan Eropah #Jerman #pengeluar kereta #Daimler #BMW #VW #Audi #Porsche