PUTRAJAYA: Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi di bawah Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) adalah tidak wajar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata kadar penebangan hutan di negara ini secara relatifnya adalah sifar dan skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membuktikan komitmen terhadap piawaian kemampanan yang komprehensif.
"Malaysia tidak berisiko tinggi, pekebun kecil kita tidak berisiko tinggi dan tidak boleh dikategorikan sedemikian.
"Sehingga kini, kebimbangan dan tuntutan ini masih belum ditangani secara serius oleh pemimpin EU (Kesatuan Eropah) dan akibatnya, nasib serta mata pencarian pekebun kecil Malaysia masih tidak menentu. Oleh itu, kita menggesa EU untuk membetulkan keadaan dengan berkesan dan secepat mungkin," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
EUDR, yang digubal pada 6 Dis 2022, mengkehendaki semua syarikat berkaitan mematuhi penilaian wajar mandatori sekiranya mahu menjual produk di pasaran EU selain membuktikan produk mereka bebas penebangan hutan dan menyediakan maklumat geografi yang tepat di mana sumber komoditi itu diperoleh.
Fadillah berkata beliau mengambil maklum mengenai kebimbangan pekebun kecil Malaysia berhubung langkah EUDR yang memberi kesan serius terhadap mata pencarian mereka dan berjanji akan membawa suara mereka kepada EU.
Semalam, lebih 500 pekebun kecil dari seluruh negara menandatangani petisyen berhubung pendirian bersama bagi mendesak EU mengkaji semula EUDR, yang didakwa bersifat diskriminasi, dan mengiktiraf MSPO serta mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara berisiko sekiranya EUDR dilaksanakan.
Petisyen itu diserah kepada Kedutaan Delegasi EU di Malaysia oleh enam wakil agensi dan persatuan sektor kelapa sawit iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).
Fadillah berkata pekebun kecil bergantung kepada eksport minyak sawit, getah dan komoditi pertanian lain untuk menyara keluarga namun peraturan EUDR menjadi halangan perdagangan yang besar bagi mereka mengakses pasaran Eropah.
"Ini akan mengakibatkan peningkatan kemiskinan, penurunan pendapatan isi rumah dan menggugat masyarakat luar bandar kita," katanya.
Beliau berkata tindakan sedemikian adalah tidak adil dan bertentangan dengan komitmen EU seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).
"Pekebun kecil berhak dilayan secara adil dan mesti dikecualikan daripada tuntutan peraturan yang tidak realistik," katanya.
Pada 17 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menggesa agar EUDR dikaji semula kerana memberikan kerumitan dan cabaran kepada industri minyak sawit namun menyatakan Malaysia berdepan sedikit kesukaran dalam siri rundingan dengan EU untuk membincangkan perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Fadillah berkata, kadar penebangan hutan di negara ini secara relatifnya adalah sifar dan skim pensijilan MSPO membuktikan komitmen terhadap piawaian kemampanan yang komprehensif. - Gambar fail

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

Penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia diangkat untuk pertimbangan - Fadillah
Ia bagi meningkatkan pengurusan biodiversiti negara dan merealisasikan penubuhan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Malaysia.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Malaysia komited pelihara hutan untuk jaga kesihatan manusia - Fadillah
Fadillah berkata langkah itu selaras dengan tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 iaitu 'Hutan dan Kesihatan.'

Kerajaan lihat semula isu pelepasan cukai klinik pergigian swasta - Fadillah
Kerajaan akan melihat semula isu pelepasan cukai terhadap klinik pergigian swasta terutama di kawasan luar bandar.

Beri penghargaan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan PDRM - Fadillah
Fadillah mendoakan agar kesemua wira negara terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara tercinta.

EUDR tidak wajar tetapkan Malaysia negara berisiko tinggi - Fadillah
Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi di bawah Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) adalah tidak wajar.

TPM Fadillah luang masa ziarah Menteri Kerja Raya di HKL
Nanta kongsi pengalaman beliau menerima layanan dan rawatan profesional daripada semua doktor, jururawat dan kakitangan HKL.

Hampir 80 peratus kekurangan buruh industri perladangan diselesaikan - Fadillah
Hampir 80 peratus masalah kekurangan tenaga buruh dalam industri perladangan telah diselesaikan sehingga kini dengan bakinya sedang giat diusahakan.

Ibu bapa perlu pupuk minat anak-anak dalam bidang STEM - Fadillah
Penguasaan bidang STEM akan membolehkan Malaysia mampu bersaing dengan negara maju serta melonjak ke tahap yang lebih baik.

Banjir Johor: Pekebun kecil terjejas akan terima bantuan alatan baharu - Fadillah
Pekebun kecil industri komoditi yang dikenal pasti terkesan berikutan banjir di Johor akan menerima bantuan bagi menggantikan peralatan rosak atau hilang akibat bencana itu.