KUALA LUMPUR: Hab gaya hidup Tun Razak Exchange (TRX), The Exchange TRX, akan mencapai kadar penghunian penuh apabila dibuka kepada orang ramai pada suku keempat 2023, menurut pemaju hartanah Australia, Lendlease.
Lendlease dan pemaju induk TRX, TRX City Sdn Bhd, sedang bersama-sama membangunkan presint gaya hidup itu.
Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia, Mitch Wilson berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan menggalakkan daripada bakal penyewa yang terdiri daripada pihak tempatan dan antarabangsa setakat ini.
"Visi kami dan ciri-ciri penting strategi Lendlease dengan The Exchange TRX adalah untuk mewujudkan projek pendefinisian bandar dalam TRX, wilayah kewangan antarabangsa pertama di Malaysia," katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini mengenai projek itu di sini, pada Khamis.
Beliau berkata sebagai sebuah organisasi global, Lendlease akan mempamerkan kepakaran pembuatan tempat antarabangsanya di samping sejarah 43 tahunnya di Malaysia untuk memperkenalkan pendekatan eksklusifnya kepada peruncitan berpengalaman.
"Berasaskan platform global kami, kami mendapat kepercayaan peruncit dari seluruh dunia.
"Kami berterima kasih atas sokongan mereka dalam meningkatkan tahap penghunian kami mendahului nisbah pasaran memandangkan kedudukan kami yang kurang daripada setahun sebelum dibuka," katanya.
Wilson berkata campuran runcit yang pelbagai, dilengkapi dengan aktiviti masa lapang dan hiburan yang dinamik, akan berperanan sebagai titik pembezaan utama dan mendorong pengunjung untuk berada lama dan membuat beberapa kali kunjungan.
The Exchange TRX, yang dianggap sebagai 'presint gaya hidup di dalam taman', akan merangkumi lebih 400 kedai pengalaman, di empat tingkat ruang runcit yang menampilkan format jenama baharu pasaran, kedai fesyen dan kedai imej baharu.
Beliau berkata penempatan gaya hidup seluas 6.78 hektar itu direka untuk menawarkan gambaran sekilas mengenai kehidupan bandar masa depan serta destinasi runcit progresif yang akan membawa reka bentuk pembuatan tempat antarabangsa dan piawaian kemampanan ke Malaysia.
"Apabila kami membuka pintu kepada orang ramai pada suku keempat 2023, destinasi sosial dan gaya hidup ikonik ini akan menarik bukan sahaja penduduk sektar yang semakin berkembang malah semua rakyat Malaysia serta pelawat antarabangsa," katanya.
The Exchange TRX ialah pembangunan bersepadu terbesar Lendlease di Asia, merangkumi kira-kira 120,773.95 meter persegi daripada kawasan boleh sewa bersih (NLA).
Penyewa utama gaya hidup termasuk Golden Screen Cinemas, yang akan menawarkan pengalaman pawagam baharu yang hebat; gedung beli-belah Seibu, yang akan menjadi ruang makan Jepun yang menawarkan makan terbaik negara itu -- 'depachika' -- pertama di Malaysia dan berkeluasan kira-kira 23,225.76 meter persegi merentas empat tingkat.
Terdapat juga pasar raya berskala besar oleh Dairy Farm Group of Hong Kong bersama-sama beberapa jenama mewah antarabangsa terkemuka di dunia, fesyen paling laris dan konsep baharu makanan dan minuman yang menarik.
Ciri unik The Exchange TRX ialah penyepaduannya yang lancar ke dalam taman aktiviti awam berbumbung seluas 4.05 hektar yang menawarkan peluang luar biasa serta mewujudkan pengalaman riadah berbilang dimensi untuk keluarga, komuniti bekerja dan pelawat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Lendlease dan pemaju induk TRX, TRX City Sdn Bhd, sedang bersama-sama membangunkan presint gaya hidup itu. - Dagang News
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi - CEO TRXC
TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia.
Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi - CEO TRXC
TRX juga memaparkan keperluan Malaysia iaitu destinasi serba moden, mantap dan mampan yang menggalakkan pertumpuan minda perniagaan hebat.
TRX dirasmikan sebagai Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia
Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hab kewangan antarabangsa, membuka lembaran baru dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
Insentif untuk syarikat pindah pangkalan ke TRX - PM
Anwar berkata TRX mewakili satu kejayaan ke hadapan dalam misi kerajaan memperbaharui ekonomi negara dan seni bina kewangan melalui Ekonomi Madani.
Terowong TRX dibuka 29 Nov, kurangkan trafik ke bandar 30 peratus
Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus.
The Exchange TRX akan capai penghunian penuh apabila dibuka pada suku keempat 2023
Hab gaya hidup Tun Razak Exchange (TRX), The Exchange TRX, akan mencapai kadar penghunian penuh apabila dibuka kepada orang ramai pada suku keempat 2023, menurut pemaju hartanah Australia, Lendlease.
Menara Exchange 106: Siap dibina, mercu tanda baharu pencakar langit di KL
Menara dengan ketinggian 450 meter itu menjadi mercu tanda baharu dan sebahagian daripada projek Tun Razak Exchange (TRX).
Infrastruktur TRX siap 99 peratus - CEO
Buat masa ini, kerja-kerja utama infrastruktur hanya tinggal satu peratus sahaja lagi untuk siap sepenuhnya.
Model campuran pembangunan pengangkutan tumpuan utama Bandar Malaysia
Model campuran pembangunan pengangkutan untuk pejalan kaki dan pergerakan orang ramai yang selamat, termasuk kenderaan tidak bermotor seperti basikal, akan menjadi pertimbangan utama dalam pembangunan
Ibu pejabat HSBC Malaysia dibuka secara rasmi di TRX
Pembukaan ibu pejabat Malaysia yang baharu itu mengukuhkan komitmen HSBC untuk membuka peluang baharu kepada pelanggan.