GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia untuk membantu memasarkan beras tempatan di kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan makanan asas itu.
Ketua Pengarah Fama Abdul Rashid Bahri berkata penjualan beras boleh dilakukan menerusi lebih 1,400 pusat operasi milik agensi itu di seluruh negera termasuk pasar tani, Jualan Agro MADANI dan pelbagai lagi.
"Kerajaan ada minta FAMA bantu untuk jual beras tempatan di outlet dan pusat operasi FAMA, kita bersedia membantu untuk pasarkan bagi pastikan bekalan beras ada di pasaran terutama di tempat-tempat berlaku kekurangan beras, bukan kita jual beras di pasar raya,'
"FAMA kini menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) yang dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan pengeluar padi, esok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan portal Agrobazar Online (ABO) 3.0 di sini pada Rabu.
Akhbar melaporkan Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di seluruh negara dijangka pulih dalam tempoh sebulan susulan langkah intervensi segera yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata langkah intervensi menerusi Program Khas BPT itu akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.
Pada 2 Sept lepas pengilang padi dan pemborong beras negara diminta kerajaan untuk meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas BPT sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan di pasaran.
Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata sebelum ini FAMA berpengalaman membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan telur pada tahun lepas dengan menyediakan ruang pasaran dan memasarkan telur di kawasan yang berlaku kekurangan bahan makanan itu.
"Kita (FAMA) telah diminta untuk membantu kerajaan (pasarkan beras) berdasarkan pengalaman FAMA sebelum ini yang telah mengedarkan telur ketika berlaku kekurangan telur di pasaran tahun lepas.
"Sebagai contoh di Pantai Timur pada masa itu, ada kekurangan telur kerana pengeluarannya di kawasan Pantai Barat. Dengan semangat yang sama juga FAMA akan bantu kerajaan atasi isu berkaitan bekalan beras ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
FAMA bersedia untuk membantu memasarkan beras tempatan di kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan makanan asas itu.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara
Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur untuk rapat dengan warga kota
Ia merupakan program turun padang 25 jabatan di bawah DBKL sebagai pendekatan meningkatkan kualiti penyampaian agensi itu kepada warga kota.
Jualan Agro MADANI terbukti dapat ringankan beban rakyat
Selain pengguna, peniaga turut menerima manfaat sama apabila dapat menjana lebih pendapatan susulan hasil jualan meningkat.
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jualan Agro Madani di jajahan Pasir Mas bantu mangsa banjir
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.
FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.