awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa kedua IOI City Mall dibuka Ogos ini

Bernama
Bernama
23/07/2022
00:40 MYT
Fasa kedua IOI City Mall dibuka Ogos ini
IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan. -ioicitymall.com.my
KUALA LUMPUR: IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan.
Dengan kedudukan strategiknya di IOI Resort City, ia menikmati potensi tumpuan 3.1 juta pengguna dari perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.
Dengan pembukaan Fasa 2, IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran untuk dinikmati pencinta gastronomi.
Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan hari ini berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih (NLA), menjadikan jumlah NLA IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.
"Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan," katanya.
Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.
Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan "IOI Grand Exhibition and Convention Centre", sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IOI City Mall
#pusat beli-belah terbesar di Malaysia
#pembukaan Fasa Kedua
#Voon Tin Yow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan