KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Mohd Faizal Jaafar berkata hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira-kira 128.2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini.
"Pembinaan fasa pertama itu dijadual siap pada Disember tahun ini. Pelaburan terbaharu di kawasan perindustrian ini sudah semestinya akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar.
"Malah, peluang pekerjaan juga dijangka meningkat dan menampung kekurangan kerja pada masa ini," katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah antara PKNP dan WGC di sini, malam tadi.
Bagi majlis pemeteraian itu, Mohd Faizal mewakili PKNP manakala WGC diwakili CEO, Datuk Gianluca Ernesti.
Majlis itu turut disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
WGC juga bekerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Institut Automotif, Robotik dan Internet Pelbagai Benda (IoT) Malaysia (MARii) sebagai rakan teknologi pembangunan projek tersebut.
Pembuatan sarung tangan getah dan produk PPE itu menyasarkan pasaran ke Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.
Selain itu, Mohd Faizal berkata PKNP turut komited membawa lebih banyak pelaburan ke Pahang bagi membolehkan negeri yang sebelum ini bergantung kepada industri pertanian dan perladangan, mampu berkembang sebagai salah satu negeri maju menerusi pertambahan pelaburan serta penggunaan teknologi.
"Sejak 1995, PKNP telah berfungsi sebagai agensi sehenti untuk memudah cara kepada pelabur membina kilang di kawasan perindustrian di negeri ini yang bukan sahaja bertumpu di Kuantan tetapi di daerah-daerah lain seperti Rompin dan Maran.
"Ini tidak hanya memberi manfaat kepada rakyat Pahang tetapi dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri seperti melalui kutipan cukai," katanya.
Menurutnya, setakat Disember 2020, sebanyak 657 projek berjumlah RM62.73 bilion telah diluluskan di Pahang dengan RM50.40 bilion daripadanya melibatkan pelaburan luar.
Bagi tahun lepas, MITI telah meluluskan 30 projek di Pahang melibatkan pelaburan RM4.78 bilion yang dapat mewujudkan kira-kira 2,600 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
Pembuatan sarung tangan getah dan produk PPE itu menyasarkan pasaran ke Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara. - Gambar hiasan
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Penggunaan sarung tangan di stesen minyak meningkatkan risiko kebakaran
Cuci tangan sebelum dan selepas menggunakan nozel pam minyak, selain sentiasa patuh pada arahan keselamatan.
Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.