BISNES
FBM KLCI dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya ke paras 1,617.07
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.
Ringkasan AI
Pada 9.05 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.01 mata kepada 1,617.07 daripada paras penutup 1,614.06 semalam, selepas dibuka susut 0.62 mata kepada 1,613.44.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 149 berbanding 107 manakala 214 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 2,316 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 129.13 juta saham bernilai RM64.28 juta.
Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Wall Street merosot selepas penilaian berkaitan kecerdasan buatan (AI) terus mengasak sentimen ketika minat terhadap risiko menyusut dan menyaksikan Nasdaq jatuh lebih 1,000 mata dalam tempoh lima hari dagangan.
Firma pembrokeran itu berkata semua tumpuan dihalakan kepada pengumuman prestasi pendapatan Nvidia lewat hari ini ketika pulangan kertas Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) kekal meningkat pada 4.12 peratus.
"Namun, kami kekal dengan pendirian bahawa aktiviti pembelian pada harga rendah akan kembali apabila indeks di bawah paras 1,610. Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,610-1,620 pada hari ini," kata Rakuten Trade menerusi nota penyelidikannya hari ini.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank naik satu sen kepada RM4.26, CIMB menokok lapan sen kepada RM7.53, TNB naik dua sen kepada RM13.20, IHH Healthcare melonjak 13 sen kepada RM8.33, Maybank kekal pada RM9.92, Press Metal rugi tiga sen kepada RM6.41 manakala CelcomDigi dan Petronas Gas masing-masing turun dua sen kepada RM3.45 dan RM18.12.
Bagi saham paling aktif, Aquawalk meraih satu sen kepada 32 sen, Tanco dan Perak Transit masing-masing meningkat setengah sen kepada 99.5 sen dan 28 sen, Genetec kekal pada 32 sen manakala MMAG rugi setengah sen kepada tujuh sen.
Saham paling untung didahului oleh Hong Leong Bank yang naik lapan sen kepada RM21, Sunway Construction dan Malaysian Pacific Industries masing-masing menokok enam sen kepada RM5.78 dan RM30.66 manakala UMS Integration meraih empat sen kepada RM4.46.
Sebaliknya, kaunter paling rugi adalah Nestle yang susut RM1 kepada RM111.70, Fraser & Neave turun 28 sen kepada RM32.72, Kuala Lumpur Kepong merosot 24 sen kepada RM20.44 dan Petronas Dagangan berkurangan 20 sen kepada RM21.30.
Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 naik 11.90 mata kepada 11,753.22, Indeks FBM Emas menokok 11.52 mata kepada 11,981.48 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 0.31 mata kepada 11,967.84.
Indeks FBM ACE berkurangan 7.13 mata kepada 4,904.97 manakala Indeks FBM Mid 70 susut 26.48 mata kepada 16,759.19.
Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 56.82 mata kepada 18,395.41, Indeks Perladangan susut 1.93 mata kepada 8,116.69, Indeks Tenaga turun 1.6 mata kepada 759.91 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.42 mata kepada 165.09.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Indeks Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum pulih berdasarkan sentimen pasaran susulan prestasi suram Wall Street semalam.
- Jumlah dagangan saham hari ini mencatatkan 129.13 juta saham bernilai RM64.28 juta dengan 149 kaunter rugi berbanding 107 kaunter untung.
- Rakuten Trade meramalkan indeks bergerak dalam julat 1,610-1,620 hari ini, sementara saham Public Bank dan CIMB menunjukkan kenaikan, manakala Nestle dan Petronas Dagangan turun.