[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
BISNES

FBM KLCI menokok 0.55 peratus, jejaki prestasi positif pasaran ekuiti serantau

Bernama 01/10/2025 | 12:30 MYT
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 8.99 mata mewakili 0.55 peratus kepada 1,620.87 berbanding 1,611.88 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di kebanyakan pasaran ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.99 mata mewakili 0.55 peratus kepada 1,620.87 berbanding 1,611.88 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.74 mata lebih tinggi pada 1,612.62, dan bergerak antara 1,612.62 dan 1,624.04 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara keseluruhannya adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 596 daripada 437, manakala 505 kaunter tidak berubah, 1,019 tidak diniagakan dan lima digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.47 bilion bernilai RM2.48 bilion, daripada 3.47 bilion unit bernilai RM3.16 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata prestasi FBM KLCI mengikut jejak pasaran serantau, dengan kebanyakan bursa utama Asia berakhir lebih tinggi disokong kenaikan kukuh dalam saham teknologi susulan optimisme terhadap perdagangan kecerdasan buatan (AI).

Pasaran China dan Hong Kong ditutup sempena Hari Kebangsaan, dan pasaran utama di tanah besar dijangka kekal ditutup sehingga pertengahan minggu depan.

Di dalam negara, Thong berkata FBM KLCI telah melepasi corak penyatuan mendatar yang berlanjutan sejak pertengahan Ogos, menandakan kekuatan baharu dalam pasaran.

"Pergerakan telah melepasi paras 1,600, yang diikuti dengan kenaikan berterusan, dan kini indeks sedang menguji zon rintangan pada paras 1,620-1,625.

"Zon ini mewakili paras kritikal, jika indeks berjaya melepas paras tersebut, ia akan mengesahkan tamatnya fasa mendatar dan akan membuka laluan untuk menuju paras 1,635-1,650 dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama.



Meskipun permintaan eksport merosot di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan sebahagian Asia Pasifik, kaji selidik itu menunjukkan keyakinan domestik yang lebih kukuh dan pelancaran projek baharu sebagai pemacu utama pertumbuhan.

"Kenaikan aktiviti ini juga sekali gus menamatkan tempoh lebih setahun pengurangan baki kerja yang tertangguh," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, IHH Healthcare melonjak 39 sen kepada RM7.94, CIMB naik 11 sen kepada RM7.45, Hong Leong Bank meningkat 28 sen kepada RM20.80, 99 Speed Mart bertambah tujuh sen kepada RM2.81, dan Public Bank naik tiga sen kepada RM4.36.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI, VS Industry dan Tanco masing-masing naik satu sen kepada 86 sen, 60 sen dan 91 sen, Tan Chong Motor meningkat 17.5 sen kepada 80.5 sen, manakala Malakoff naik lima sen kepada RM1.10.

Selain IHH Healthcare dan Hong Leong Bank, antara peneraju kenaikan lain ialah Nestle yang naik RM1.18 kepada RM97.40; Eurospan bertambah 51 sen kepada RM2.91; dan Petronas Dagangan meningkat 30 sen kepada RM23.24.

Dalam kalangan saham paling rugi, Time Dotcom dan Tenaga masing-masing turun 12 sen kepada RM4.98 dan RM13.10, Southern Acids dan Malayan Cement merosot 10 sen kepada RM3.40 dan RM6.93, manakala APM susut enam sen kepada RM3.12.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 69.88 mata kepada 12,055.77, Indeks FBMT 100 meningkat 66.92 mata kepada 11,789.54, dan Indeks FBM Emas Shariah bertambah 61.85 mata kepada 12,078.40.

Indeks FBM 70 melonjak 102.29 mata kepada 16,848.88, manakala Indeks FBM ACE naik 31.97 mata kepada 5,203.28.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.04 mata kepada 172.50, Indeks Perladangan meningkat 8.53 mata kepada 7,788.11, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 163.03 mata kepada 18,409.77, dan Indeks Tenaga pulih 1.73 mata kepada 778.35.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.65 bilion unit bernilai RM2.27 bilion, berbanding 1.87 bilion unit bernilai RM2.83 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran susut kepada 288.42 juta unit bernilai RM27.59 juta, berbanding 1.03 bilion unit bernilai RM155.25 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turut merosot kepada 531.81 juta saham bernilai RM184.26 juta, berbanding 565.69 juta saham bernilai RM170.09 juta sebelumnya.

Di Pasaran Utama, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 340.32 juta saham diniagakan, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (315.96 juta), pembinaan (84.24 juta), teknologi (286.82 juta), perkhidmatan kewangan (63.11 juta), hartanah (174.58 juta), perladangan (26.16 juta), REIT (18.25 juta), dana tertutup (42,400), tenaga (104.64 juta), penjagaan kesihatan (111.14 juta), telekomunikasi dan media (29.06 juta), pengangkutan dan logistik (29.23 juta), utiliti (75.00 juta), dan amanah perniagaan (111,800).

-- BERNAMA

#Bursa Malaysia #fbm klci #kecerdasan buatan #CIMB