awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDI, DIA Malaysia catat rekod tertinggi pada 2022 - DOSM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/06/2023
04:07 MYT
FDI, DIA Malaysia catat rekod tertinggi pada 2022 - DOSM
Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM74.6 bilion pada tahun 2022 berbanding RM50.4 bilion pada tahun sebelumnya. - Gambar fail AFP
KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM74.6 bilion pada tahun 2022 berbanding RM50.4 bilion pada tahun sebelumnya.
Malah, pelaburan di luar negeri (DIA) turut mencatatkan peningkatan RM58.6 bilion pada tahun 2022 berbanding RM19.4 bilion tahun lalu.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, pada akhir 2022, kedudukan FDI mencatatkan nilai yang lebih tinggi iaitu RM879.1 bilion.
Kata DOSM, prestasi menggalakkan bagi kedua-dua FDI dan DIA telah menunjukkan keadaan ekonomi yang memberangsangkan dalam negara yang menarik syarikat asing untuk terus melabur dan begitu juga, syarikat tempatan untuk terus mengembang dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan di luar negara.
"Berdasarkan prestasi FDI mengikut sektor, sektor pembuatan berkembang RM17.1 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih RM49.5 bilion yang menyumbang kepada aliran terbesar dalam FDI.
"Sektor pembuatan menarik 66.4 peratus dari jumlah pelaburan, terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan pembuatan lain.
"Sementara itu, perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terutamanya dalam aktiviti kewangan diikuti sektor perlombongan terutamanya dalam bentuk ekuiti & dana pelaburan saham," memetik kenyataan itu.
Dalam pada itu, rantau Amerika memintas Asia sebagai rantau tertinggi FDI bagi 2022 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM42.6 bilion, terutamanya daripada Amerika Syarikat yang berjumlah RM37.8 bilion.
Sementara itu, rantau Asia menjadi sumber utama kedudukan FDI dengan nilai sebanyak RM449.0 bilion, diikuti Eropah pada RM224.5 bilion dan Amerika pada RM187.3 bilion.
Kedudukan FDI telah meningkat kepada RM879.1 bilion pada akhir tahun2022, berbanding RM782.0 bilion pada tahun sebelumnya.
Topic Berkaitan
#FDI
#DIA
#pelaburan negara
#Jabatan Perangkaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan