awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felcra memulakan plan tranformasi

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2013
10:33 MYT
Felcra memulakan plan tranformasi
Sudah tiba masanya Felcra mempelbagaikan sektor perniagaannya memandangkan harga komoditi sawit dan getah yang tidak konsisten.
Menurut pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, kebergantung seratus peratus kepada dua komoditi itu harus dikurangkan dan turut memberi fokus kepada bidang baru seperti hartanah, ternakan, pendidikan dan pelaburan.
Menurut Tajuddin, Felcra mesti terus berkembang dan mampu menangani cabaran memandangkan tanggungjawab Felcra kini lebiih besar, perlu menjaga lebih setengah juta peserta selain 3,500 petugas.
Jelasnya dalam masa lima hingga 10 tahun, Felcra akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan yang pelbagai yang akan menjana hasil dalam lingkungan RM2 bilion setahun.
Felcra kini mencatatkan antara RM60 juta dan RM100 juta keuntungan setahun.
Sementara itu, Tajuddin berkata pelan transformasi Felcra berhad mula dilakukan.
Ia bagi membawa beberapa perubahan dalam menjayakan matlamat Felcra untuk menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lebih berjaya.
Dua bidang difokuskan iaitu perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pelan itu melibatkan penstrukturan semula pengurusan Felcra, memperluas jajahan perniagaan Felcra dan membangunkan tenaga kerja generasi pewaris Felcra.
Topic Berkaitan
#Datuk Tajuddin Abdul Rahman
#FELCRA
#tranformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan