TELUK INTAN: Felcra Berhad melalui anak syarikatnya Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB) membangunkan sebuah kilang memproses Santan Sawit jenama SURI dengan kos RM3.5 juta.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kilang pengeluaran secara komersial itu mampu menghasilkan 60 tan metrik santan sawit sebulan.
“Memandangkan permintaan tinggi terhadap santan sawit, Felcra mengambil keputusan untuk membuat pelaburan bagi membina kilang baharu ini dengan peningkatan kapasiti pengeluaran sekali ganda berbanding kilang lama.
Pengeluaran santan sawit oleh Felcra ini juga sebagai alternatif kepada santan kelapa yang merupakan idea yang sangat strategik kerana ia dapat mempelbagaikan pilihan kepada pengguna."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Industri Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd di Changkat Jong dekat sini pada Khamis.
Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria; Pengerusi Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd, Datuk Abdul Shukur Idrus dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd, Wan Ramlan Wan Abdullah.
Jelas Mahdzir, pembinaan kilang pengeluaran santan sawit itu juga sebahagian daripada inisiatif Felcra Berhad dalam membantu pelan jaminan keselamatan makanan negara.
Tambahnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan geran berjumlah RM3 juta menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi membina kilang tersebut.
Manakala baki kosnya menggunakan sumber dalaman Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB).
"Sebelum ini kita sudah ada sebuah kilang bagi memproses minyak kelapa sawit menjadi santan sawit secara manual sahaja sebagai kilang perintis yang beroperasi sejak 2012, tetapi sekarang kita telah bina kilang baharu dengan kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi dan operasi kilang adalah automatik sepenuhnya."
Kilang seluas lebih 4,000 meter persegi itu tambah Mahdzir, mula beroperasi 21 Jun lalu dengan keupayaan memproses 2.8 tan metrik santan sawit sehari.
Ia menggantikan kilang lama yang hanya mampu menghasilkan santan sawit 1.7 tan metrik sehari atau 30 tan metrik sebulan.
Setakat ini produk Santan Sawit Suri mempunyai 5 Pengedar Utama dan dijual di 40 lokasi pasaraya dan peniaga individu di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Pahang.
"Saya yakin kilang baharu ini akan meningkatkan pengeluaran dan bekalan santan sawit di pasaran yang sekaligus akan memenuhi keperluan permintaan terhadap santan sawit yang telah meningkat melebihi 100%", kata Mahdzir. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jun 24 2022
Datuk Seri Mahdzir Khalid menunjukkan produk Santan Sawit jenama SURI semasa Majlis Perasmian Kompleks Industri Felcra Processing & Engineering di Changkat Jong, Teluk Intan pada 23 Jun 2022. -Dagang News
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.
FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial
RM1 juta dibelanjakan FELCRA bagi membantu keperluan Ameniti Sosial termasuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta-peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.
Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA
Kerajaan umum peruntukan RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA