awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka

Bernama
Bernama
19/01/2021
09:16 MYT
Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
Pada 14 Januari, Felda membeli 22 juta saham FGV daripada pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 41 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada harga RM53.3 juta.
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).
Pada 14 Januari, Felda membeli 22 juta saham FGV daripada pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta.
Felda mengeluarkan dokumen tawaran pada 12 Jun berkaitan dengan pengambilalihan mandatori tidak bersyarat bagi semua baki saham dalam FGV yang ia tidak miliki, kecuali saham perbendaharaan.
Tawarannya bagi RM1.30 sesaham akan terbuka bagi penerimaan sehingga 5 petang pada 2 Februari, melainkan dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman akan dibuat oleh Maybank Investment Bank Bhd, penasihat prinsipal Felda bagi tawaran pengambilalihan itu, dua hari sebelum tarikh tutup.
Pada 8 Disember, 2020, Felda, yang telahpun memiliki 21.24 peratus pegangan dalam FGV, menambah pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.
Pegangan 13.88 peratus itu dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).
Saham FGV tidak berubah pada RM1.30 pada dagangan tengah hari ini dengan 5.97 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
#Saham FGV
#FGV Holdings Bhd
#beli saham
#FGV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan