Fernandes berundur, Aireen Omar sertai lembaga pengarah Tune Protect

Bernama
November 13, 2019 21:34 MYT
Fernandes menjadi pengarah bukan eksekutif Tune Protect Group Bhd pada 1 Julai. - Gambar fail
Tan Sri Tony Fernandes meletakkan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Tune Protect Group Bhd berikutan penyusunan semula pasukan kepimpinan Kumpulan AirAsia manakala Aireen Omar dillantik sebagai pengarah bukan eksekutif.
Fernandes, yang merupakan pemegang saham utama syarikat itu serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia menjadi pengarah bukan eksekutif syarikat insurans digital tersebut pada 1 Julai selepas Datuk Kamarudin Meranun memutuskan untuk tidak dilantik semula sebagai pengarah dengan berakhirnya tempoh perkhidmatan beliau pada 30 Jun dengan Bank Negara.
Tune Protect dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata peletakan jawatan Fernandes berkuat kuasa Rabu (13 Nov) manakala pelantikan Aireen bermula 14 Nov.
BACA: Fernandes lepaskan semua jawatan kecuali dalam AirAsia Group, AirAsia X
BACA: Kerugian bersih AirAsia X meningkat
Ketika ini Aireen memegang jawatan presiden Kumpulan AirAsia (RedBeat Ventures). Beliau merupakan lulusan ekonomi daripada London School of Economics and Political Science dan memegang ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti New York.
-- BERNAMA
#AirAsia #Aireen Omar #Bank Negara #Bursa Malaysia #Kamarudin Meranun #letak jawatan #pengarah #penyusunan semula #syarikat insurans digital #Tony Fernandes #Tune Protect