awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV bina dua loji pastikan kualiti air bagi perladangan

Bernama
Bernama
03/03/2017
23:17 MYT
FGV bina dua loji pastikan kualiti air bagi perladangan
ZAKARIA: Felda Global Ventures Holdings Bhd telah membina Loji Penyahairan Bio dan loji Tapisan Bio melalui anak syarikatnya, PUP - Gambar fail
Felda Global Ventures Holdings Bhd telah membina Loji Penyahairan Bio dan loji Tapisan Bio melalui anak syarikatnya, Pontian United Plantation Bhd (PUP).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata menerusi loji penyahairan tersebut, kilang minyak sawit Pontian Fico yang dimiliki oleh PUP dapat menghapuskan sisa pepejal daripada efluennya.
Loji tapisan tersebut mampu menapis air kumbahan untuk mencapai had di bawah 20 bahagian sejuta (ppm) bagi keperluan oksigen biologi (BOD), yang merupakan keperluan mandatori oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kilang yang terletak di sekitar sungai Kinabatangan.
"Pihak kumpulan akan terus berusaha untuk melindungi alam sekitar terutamanya di sekitar ladang dan aset-asetnya melalui amalan pertanian dan pengurusan terbaik.
"Pihak pengurusan menyedari kesan-kesan yang boleh menjejaskan biodiversiti di sekitar PUP, terutamanya Sungai Kinabatangan, yang merupakan tempat perlindungan untuk hidupan liar dan juga terkenal dengan kekayaan flora dan faunanya," katanya.
Menurut Zakaria, komitmen FGV terhadap alam sekitar bukan sekadar terhad kepada memastikan sungai sentiasa bersih dan selamat sahaja.
FGV juga telah menandatangani projek bersama selama lima tahun dengan Borneo Conservation Trust dan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk membangunkan koridor biodiversiti mega di lembah hilir Kinabatangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BOD
#Borneo Conservation Trust
#Datuk Zakaria Arshad
#FGV
#PUP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan