FGV Holdings Bhd (FGV) menjangkakan mencatat prestasi baik pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2020 berikutan peningkatan pengeluaran tandan buah segar (FFB) dan aliran masuk monetari daripada lapan penjualannya.
"Kami agak yakin untuk suku kedua memandangkan kami akan mula melihat penambahbaikan dalam pengeluaran FFB berikutan prestasi (lebih baik)," menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Haris Fadzilah Hassan.
Mengambil kira pola cuaca di seluruh negara dan pola kitaran pokok kelapa sawit, beliau berkata syarikat turut berharap pengeluaran bagi suku yang berbaki akan dapat membantu FGV mencapai sasarannya.
"Walaupun kita berdepan cabaran pada separuh pertama tahun ini, kami menjangkakan situasi itu akan menjadi lebih baik pada separuh kedua disebabkan oleh pola hujan di Malaysia yang mendorong pertambahan bekalan minyak sawit mentah (MSM).
"Sasarannya ialah 18.4 tan metrik sehektar menjelang akhir tahun, meningkat sedikit berbanding tahun lepas iaitu 17 tan metrik sehektar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai keputusan kewangan syarikat itu bagi suku pertama 2020 di sini, pada Khamis.
Haris Fadzilah berkata FGV memperoleh jualan bagi penghantaran Jun dan Julai dari India selaku pembeli utama MSM, selain menandatangani perjanjian dengan syarikat berpangkalan di India baru-baru ini untuk memperkukuhkan penyertaannya di pasaran produk makanan.
Menurutnya FGV akan terus meraih manfaat daripada realisasi penjualan lapan aset yang tidak mencatatkan prestasi baik di seluruh negara bernilai RM150 juta.
Beliau berkata RM50 juta daripada nilai penjualan berjumlah RM150 juta itu sudah diterima pada akhir tahun lepas.
Mengenai prestasi suku pertama, Haris Fadzilah berkata pengeluaran FFB yang lebih rendah juga adalah daripada pekebun kecil dan pembekal pihak ketiga yang menyumbang 70 peratus daripada rantaian bekalannya.
Beliau berkata bagi tahun kewangan 2020, FGV dijangka menyamai prestasi kewangannya pada 2019 dari segi FFB dan hasil.
"Penentuan harga juga merupakan isu yang kami beri perhatian kerana pada tahun lepas, penentuan harga adalah mencabar, manakala pada tahun ini harga adalah baik, namun menghadapi kekangan pengeluaran dan itulah masalah yang kita hadapi," katanya.
Bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020 kerugian bersih FGV meningkat kepada RM142.34 juta berbanding kerugian bersih RM3.37 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun hasil merosot kepada RM2.78 bilion daripada RM3.27 bilion pada tempoh sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, FGV memberitahu penyusutan itu adalah disebabkan cuaca kering, impak pandemik COVID-19 terhadap operasi dan penurunan jualan akibat penutupan lima kilang di Sabah.
Mengenai MSM Malaysia Holdings Bhd iaitu unit pengeluar gula FGV, Haris Fadzilah berkata syarikat itu masih mencari rakan strategik.
"Ia (perkongsian strategik) adalah sesuatu yang FGV cari sebagai nilai tambah kepada pemegang saham. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dalam hal ini," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata walaupun usaha itu diredakan seketika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di tengah-tengah penularan COVID-19, masih ada satu pihak yang berminat dengan perkongsian itu.
"Namun, sebelum mereka mengambil keputusan itu, mereka berusaha mengimport jumlah perdagangan MSM untuk mewujudkan pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 28 2020

FGV menjangkakan situasi akan jadi lebih baik pada separuh kedua disebabkan oleh pola hujan di Malaysia yang mendorong pertambahan bekalan minyak sawit mentah.

PKP 2.0 | Pasar minggu dibuka sewaktu PKP di perlis
Kerajaan negeri Perlis membenarkan tiga pasar minggu untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Jumaat ini. Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man, tiga pasar berkenaan adalah di simpang empat, arau dan Kuala Perlis.

Ceroboh perairan | 58 bot nelayan asing hasil RM60 juta dirampas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya merampas bot, peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan bernilai lebih 60 juta ringgit. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata ia susulan penahanan 58 buah bot nelayan asing dan tempatan bermula Mac tahun lalu.

AWANI Ringkas: Darurat: Pakatan Harapan hantar tiga nama | COVID-19: 75% bayi dijangkiti tunjuk simptom

Felda beli 15 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV menjelaskan saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.

Darurat | Pakatan Harapan hantar tiga nama untuk jawatankuasa khas
Pakatan Harapan (PH) bersetuju menghantar tiga nama wakil untuk menyertai penubuhan jawatankuasa khas bebas berhubung pelaksanaan proklamasi darurat. Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Setiausaha PH memaklumkan, penyertaan pembangkang dalam jawatankuasa tersebut seperti mana yang dititahkan Yang Dipertuan Agong untuk membuat pengesyoran kepada seri paduka baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal, mahupun sebaliknya.

ADM2025 | Sasar ASEAN sebagai blok ekonomi digital kompetitif
Dalam pada itu, malaysia diberi penghormatan untuk mengkoordinasikan pengembangan pelan induk digital ASEAN 2025 (ADM2025) yang akan dilancarkan di ADGMINONE kali ini.

Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat
Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Perhebat usaha galak PKS ketengah platform e-dagang - Pakar ekonomi
Azharee berkata, perkara itu sebagai usaha menarik minat pemain PKS selain membantu memperluaskan pasaran perniagaan di luar negara.

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Bursa Malaysia pulih dengan aktiviti belian saham pada harga rendah
Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Felda beli 5.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Bursa Malaysia kembali pulih berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.91 mata kepada 1,62249 dengan kenaikan hampir secara menyeluruh.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Proklamasi darurat: Badan kehakiman terus berfungsi - PM Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan badan kehakiman akan terus berfungsi ketika pelaksanakan Proklamasi Darurat dijalankan.

Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti - Penganalisis
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.

Dua kakitangan didapati positif COVID-19 - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd memaklumkan bahawa dua kakitangan telah didapati positif COVID-19.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan bimbang mengenai sekatan pergerakan
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 238 berbanding 191, manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Permintaan minyak sawit dijangka meningkat bulan depan di Pakistan
Februari akan menjadi bulan utama perbelanjaan sebagai persediaan untuk bulan Ramadhan pada bulan April.