awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV jangka formalkan pelantikan juruaudit bebas pada November 2021

Bernama
Bernama
20/10/2021
20:54 MYT
FGV jangka formalkan pelantikan juruaudit bebas pada November 2021
FGV sedang bekerjasama dengan penasihat undang-undang yang berpangkalan di AS untuk memuktamadkan terma dan syarat bagi pelantikan itu.
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) telah mengenal pasti juruaudit bebas untuk menjalankan kerja-kerja audit kepada operasi FGV terhadap 11 Petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan Buruh Paksa, seperti yang dinasihatkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS).
Menurut syarikat perladangan itu, bagi memastikan skop dan metodologi audit memenuhi kehendak dan jangkaan CBP, ia menjangka untuk memformalkan pelantikan tersebut pada bulan depan.
FGV berkata demikian dalam kenyataan semalam sebagai merujuk kepada Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh CBP AS pada 30 Sept 2020 terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dihasilkan oleh FGV dan anak syarikatnya, serta syarikat usaha sama.
"FGV telah mengenal pasti juruaudit bebas untuk menjalankan kerja-kerja audit berkenaan dan kini sedang bekerjasama dengan penasihat undang-undang yang berpangkalan di AS untuk memuktamadkan terma dan syarat bagi pelantikan itu.
"Syarikat ini komited mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membatalkan WRO, termasuk pelantikan firma audit bebas," katanya.
Menurut FGV, ia akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat perkembangan penting mengenai perkara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV
#ILO
#minyak sawit
#juruaudit bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan