awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV perjelas kenyataan tidak tepat akhbar mingguan tempatan

Bernama
Bernama
07/09/2017
01:32 MYT
FGV perjelas kenyataan tidak tepat akhbar mingguan tempatan
FGV berkata tidak ada satu pun kelulusan dan urus niaga berkaitan Safitex Trading mempunyai tanda tangan Emir atau membuat sebarang rujukan kepadanya.,
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada Selasa menjelaskan beberapa kenyataan tidak tepat yang diterbitkan oleh sebuah akhbar perniagaan mingguan tempatan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata bekas Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, tidak terlibat dalam meluluskan atau melaksanakan proses pembayaran Safitex Trading LLC.
FGV berkata tidak ada satu pun kelulusan dan urus niaga berkaitan Safitex Trading mempunyai tanda tangan Emir atau membuat sebarang rujukan kepadanya.,
Kumpulan itu juga menjelaskan keputusan untuk memansuhkan cadangan pembelian 55 peratus pegangan dalam syarikat minyak makan China, Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Ltd, bukan dibuat oleh Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.
FGV berkata ia disebabkan oleh syarat-syarat terdahulu (CP) dalam perjanjian jual dan beli yang tidak dapat dipenuhi dalam tarikh penyelesaian CP dan tidak dikecualikan.
"Lembaga memutuskan untuk membuat pengumuman mengenai perkara di atas pada 8 April, 2016. Pada Februari 2017, satu lagi cadangan untuk bekerjasama dengan Zhong Ling berkaitan anak syarikat FGV di China dimulakan oleh satu jawatankuasa kerja di bawah pimpinan Zakaria tetapi dibatalkan disebabkan oleh isu-isu pembiayaan," kata kumpulan itu.
Mengenai langkah FGV tidak meneruskan urus niaga pembelian pegangan dalam PT Eagle High Plantations, kumpulan itu berkata, ia bukan keputusan yang diambil oleh Zakaria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah
#FGV
#laporan berita
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan