BISNES
FIMM kenakan teguran terbuka ke atas bekas perunding UTS, PRS
FIMM berkata teguran terbuka itu dikenakan untuk menghantar mesej yang jelas bahawa FIMM akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) mengeluarkan teguran terbuka terhadap seorang bekas perunding Skim Unit Amanah (UTS) dan Skim Persaraan Swasta (PRS) atas salah laku/pelanggaran Kod Etika FIMM (Kod FIMM).
Dalam kenyataan hari ini, FIMM berkata Evangeline Rajamani Lazaroo, bekas perunding UTS dan PRS di Public Mutual Bhd telah melanggar Perenggan 4.1(a) dan 4.3(c) Kod FIMM kerana mengelirukan seorang pelabur supaya memasukkan RM40,000 pada 21 Mac, 2022 ke akaun pelaburannya sendiri, sedangkan wang itu sepatutnya untuk pelaburan UTS pelabur itu.
Dia juga didapati telah menyalahgunakan wang berkenaan.
"Salah laku itu dikesan melalui makluman daripada bekas ejennya kepada FIMM," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor yang meringankan dan memberatkan kes berkenaan.
FIMM telah menegur Evangeline secara terbuka menurut Peraturan 6.6.1(b)(ii) Peraturan Konsolidasi FIMM (FCR) dan melarang pendaftarannya dengan FIMM selama tiga tahun berkuat kuasa 10 Julai, 2025, mengikut Peraturan 6.6.1(b)(x) FCR.
FIMM menambah teguran terbuka itu dikenakan untuk menghantar mesej yang jelas bahawa FIMM akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan.
"Tindakan ini bertujuan mencegah perunding UTS dan/atau PRS daripada membuat salah laku dan untuk mengingatkan mereka bahawa adalah penting untuk mematuhi Peraturan FIMM ketika memasarkan dan mengedarkan UTS dan/atau PRS di Malaysia bagi melindungi kepentingan orang ramai yang melabur," kata FIMM.
-- BERNAMA